Showing posts with label Coway Incentive Trip. Show all posts
Showing posts with label Coway Incentive Trip. Show all posts

Monday, February 24, 2020

INSENTIF TRIP PERCUMA BERSAMA COWAY


Bila kita bermula dengan suatu pekerjaan dalam sebuah syarikat, tentunya majikan ada menyediakan reward untuk para staff sebagai penghargaan prestasi kerja setelah hit certain KPI dalam bidang kerja masing-masing.
Cuma itulah, ikut pengalaman  kak Rena sendiri dulu, payah benar nak melayakkan diri untuk reward trip company sebelum-sebelum ini. Yer ler kak Rena pun bukan banyak pengalaman lompat lompat company pun. Ada lah satu dua tiga company pernah menyinggah.
Pernah satu ketika itu, kak Rena pernah bekerja di sebuah syarikat ini, majikan ada tawarkan peluang melancong ke luar negara. Namun syarat nak mendapatkan sangat sukar dan kemungkinan besar hanya golongan senior yang dah perform sahaja yang mampu layakkan diri.
Sama jugalah kami kat Coway ni haa. Ada saja reward yang company launch untuk seluruh organisasi di bawah sales department. Yang bestnya, peserta atau qualifiers tak semestinya geng senior lama-lama sahaja. Semua orang ada peluang nak dapat 😍. Tak percaya boleh pm kak Rena untuk kepastian.
Yang baru cecah 6 bulan pun dah ada peluang besar nak dapat reward paling kemuncak di Coway iaitu dapat join TRIP PERCUMA melancong ke luar negara. Fuhh sangat menarik! Sapa nak bagi tuuu. Tinggal nak usaha dengan bersungguh sampai dapat peluang tu.
Bermula dari sebagai agen (HP) sehinggalah kepada para managers, semua berpeluang tau. Tinggal nak melayakkan diri sahaja. Kak Rena pun dah lama jugak tak qualify trip Coway ni. Last qualify untuk trip balik kampung Korea tahun lepas. Sebelum-sebelum itu pun ada beberapa kali.
Jadi agak excited sangat ni bila tersenarai untuk trip Taiwan pada awal bulan September nanti. Tak penah sampai Taiwan lagi. Dengar-dengar Taiwan tengah musim luruh sekarang ini dengan suhu 23-29 darjah celcius. Waah, agak dingin la cuaca cenggini. Yang best jugak setiap kali trip, akan ada gala dinner untuk merai kejayaan setiap achievers.
Untuk makluman semua yang follow blog kak Rena ni haa, sekarang tengah mode ON Fighting untuk berpeluang untuk melawat negara SWISS || TURKEY & Maldives. Fuhh kuss semangat. Ketiga-tiganya sangat BEST! Seat untuk Swiss dan Turkey limited kepada 50 seat sahaja setiap satu. Maldives pula unlimited seat wooo 😱😱
Peluang Trip PERCUMA cenggini selalunya berpihak pada seorang yang suka cabar diri untuk buat sampai dapat, FREE kot 😍😍 Bukan kena bayar sesen pun, tinggal nak kena bawak beg baju dan duit shopping jaaa. Tiket flight, penginapan dan transportation semuanya akan ditanggung 100% oleh Coway Malaysia. 
Haaa, yang souvenir Russia tu dari seseorang dari keluarga CSTeam kami yang baru balik jelajah beberapa buah negara belah Russia sana. Terima kasih atas ingatan. Kak Rena sendiri pun tak penah sapai sana 😅. In sya Allah ada ruang dan peluang, sampai lah nanti.
Syok mengarang dah 10 perenggan rupanya. Adus duss. Terima kasih pada yang sudi baca sapai sini. Buat anak2 team, jom kita grab apa sahaja yang PERCUMA Coway offer kat kita. Best sangaaaatttt 😍

Friday, July 13, 2018

COWAY NAK BAWAK JALAN-JALAN KAT EUROPE?

Sebut Europe, mesti ramai yang mengidam nak jelajah pergi sana kan. Iyer ler, mana tak nya especially buat mereka yang suka travel ke negara-negara luar. Negara-negara di Eropah ni mostly memang cantek yang amat dari segi view dan keunikan bangunan-bangunan lama yang memukau. Ramai yang sanggup spend duit untuk pergi menjelajah ke benua Eropah dari satu negara ke negara lain.

Haaa.. posting kali ni sajalaa nak share yang syarikat Coway Malaysia ada offer FREE & Fully Sponsored Trip ke 3 buah negara Eropah serentak. FUHHHHH.. kus semangat mendengarnya!

Betul!!! Ini bukan omongan kosong tau..!!! Segala kos perbelanjaan untuk transport, penginapan dan makan-makan ditanggung oleh Coway Malaysia Sdn Bhd yang dah 12 tahun bertapak kukuh kat Malaysia ni. Fuhhhhh..!!!

Untuk siapakah tawaran ini???
Jawapannya adalah untuk geng-geng jurujual penapis produk Coway yang nama formal jawatannya adalah Authorized Coway Health Planner yang komited secara FULL TIME sahaja.

WOW!!!! Bestnyaaaa...! Untungnya mereka. Dah la kerja ngan Coway, ada peluang melancong ke luar negara secara PERCUMA pula. Dua kali setahun pulak tu! Untung ... untung sungguh. Bila dah qualify, pergi melancong bukan untuk kerja atau seminar atau apa yang related ngan kerja, tapi 200% pergi makan angin, jalan-jalan, cuti mata, shopping handbag (ehhhhh.. :D) dan nikmati view yang sungguh canteks.

So kali ini, Coway dah decide nak spend bawak jalan-jalan geng jurujual Coway ni ke kota Paris, Brussels dan Amsterdam serentak 3 buah negara. Tempoh kelayakan untuk trip ini adalah bermula July 2018 hingga December 2018. Dan jangkaan bulan fly ke Eropah adalah awal tahun 2019 tahun depan. FUHHHH LAGI...!!!!! Jom layan gambar jap. Berangan dulu tak salah kannnnn..???

KOTA PARIS




KOTA BRUSSELS




KOTA AMSTERDAM



So, kepada sesiapa yang memang kaki jalan, suka melancong, suka melancong FREE.. meh hellow hellow saya untuk ketahui macam mana nak layakkan diri ke trip 5 bintang dari Coway Malaysia ini.

Saya boleh dihubungi di 0149212521 atau terus wassap ke SINI. 
Kena laju-laju contact sebelum 20 July 2018 sahaja.


Mungkin ANDA antara ratusan yang layak sertai GRAND TRIP dari Coway ini.
















Sunday, April 10, 2016

INSENTIF TRIP BERSAMA COWAY KALI KEDUA KE ITALY

Alhamdulillah..
Itu sahaja yang mampu diucapkan bila sekali lagi tersenarai dalam list manager (Health Manager) yang layak untuk mengikuti Grand Trip Coway Malaysia ke Italy.

Dalam 200 lebih Coway Health Manager yang ada di Malaysia ni..hanya 20 orang sahaja dipilih mengikut ranking tertinggi. Dan daripada 20 orang tersebut, saya berada di tangga ke 15... Fuhhss, syukur sangat..dapat ke sana bersama Coway top performer baik dari kalangan HP, HM, SM, GM dan SGM serta Coway Top Management.

Teringat lagi..waktu fight Japan..last minit dapat layakkan diri daripada 38 ranking tertinggi kalangan Coway Health Planner, dan saya di tangga ke 35.. hihi asik sipih sipih jaaa rangking.. tak kisah la kan asal tersenarai dalam ranking layak sertai Coway Trip.


Untuk trip ke Italy ni, fighting months adalah daripada bulan Jun 2015 hingga December 2015. Bila dah kluar result pada pertengahan Jan 2016, macam biasa rasa macam tak percaya pun ada... Jauh tu Italy..13 jam perjalanan. Finally company kluarkan memo..tarikh berangkat ke Italy ialah pada 25 feb 2016. Waah cepat pula rasanya. Dengan kesibukan normal as team manager..cuba jugak cari masa buat persiapan untuk ke sana. Al maklum time pergi tu masih musim sejuk.. so barang kelengkapan musim sejuk mesti cukup...


Sedikit Itenery saya nak share sepanjang trip ni yang Coway dah sediakan buat kami..

Bertolak dari KLIA ke Doha menaiki Qatar Airways yang mengambil masa selama 8 jam..jenuh jugalah sampai krem kaki skit.
Sampai Doha ..transit tak lama terus sambung perjalanan ke Rome yang mengambil masa selama 5 jam pula..huk huk huk..

Alhamdulillah, selepas hampir 15 jam (plus transit) sampailah ke bumi Rome waktu pagi (local time) masa tu malaysia dah petang.

Dipendekkan story, Kami spend 2 days time kat Rome kemudian bertolak ke Florence untuk 1 malam di sana, kemudian sambung trip ke Venice untuk 1 malam dan finally ke Milan untuk 2 malam di Milan.

Overall..sangat enjoy..apa tak nya.. Fully Sponsored Trip by Coway Malaysia Sdn Bhd. Accomodation, Transportation dan Makan Minum semua di bawah tanggungan syarikat Coway kesayangan kami.

Kami jual penapis air Coway, penapis Udara Coway dan lain-lain produk Coway jer.. dapat trip macam ni... terharu nak nanges pun ada.. Dah termenanges dah pun kat atas gondola di Venice. Syahdu skit masa ni..plus rindu anak-anak... dengan hujan gerimis..hmm lagi lah kan..

Alhamdulillah juga, keputusan yang saya buat untuk serta Coway Malaysia pada bulan september 2013 sampai ke tahap ini. Jadi ejen sah Coway jer pastu fight untuk jadi salah sorang top producer..along the way..cuba serve rakyat malaysia yang perlukan air bersih..udara bersih dengan sebaiknya...

Terima kasih buat Coway Malaysia, para pelanggan Coway, rakan-rakan seperjuangan, encik suami, anak-anak dan seluruh keluarga yang mendoakan perjalanan kerjaya saya di Coway.

Saya sedia membantu rakan baru yang inginkan pengalaman baru dalam kejurujualan produk Coway yang begitu berlainan dari biasa.

Saya boleh dihubungi di 0149212521 ...




Friday, February 19, 2016

PROMOSI TERKINI COWAY MALAYSIA 2016

Alhamdulillah,

Sudah lama sangat tidak meng update post ini blog.
Ada kelapangan sikit ni..nak share promosi Coway kat semua orang yang sedang mencari-cari produk Coway seperti Penapis Air Coway atau Coway Water Filter / Purifier juga Penapis Udara Coway atau Coway Air Purifier.

Namun..entry saya kali ini lebih memfokus pada penapis air yaa.
Al-maklumlah air ni, sapa-sapa pun minum.
Setiap hari, setiap jam kita minum air..
Betul kan.....??

Back to Coway Promotion!!!


























Tudiaaaaa...makin bertambah produk untuk penapis air coway sekarang.
Kami ada,

1. R/O System water filter (No1,2,3,6 dan 7)
2. Nano Trap System water filter (No. 5)
3. Alkaline + Nano Trap System Hybrid 2 - in - 1 water filter (No. 4)

Wahhhh, makna kata disini... coway dah ada ketiga-tiga jenis sistem tapisan untuk penuhi keperluan rakyat Malaysia.

Kalau dulu, kami ada R/O sahaja, ramai yang duk tanya2..ada ka yang mineral atau kaa yang alkaline..??
Kali nie, semua adaaaa...pilih saja mana yang suit dengan keperluan keluarga kalian.

Apa yang promosi nya?????

Coway ada 2 promosi utama yang sedang berlangsung sekarang..

COWAY BEST VALUE DEALS

CNY COMBO PROMO


Tanya saya untuk details kedua-duanya ya..
Kami boleh dihubungi di :

010-7609242 - Che Lias
014-9212521 - Sarena

Terima kasih :)



Monday, April 13, 2015

COWAY JAPAN INCENTIVE TRIP 2015

Bismillahirrahmaanirrahiimm

Setelah sekian lama tak update, hari ini agak kelapangan untuk update blog Pusat Khidmat Coway ni..

Last update on Feb 2015, tahun 2015 memang tahun yang sangat sibuk bagi saya. Mana tak sibuk, Alhamdulillah bermula Januari 2015, saya telah melayakkan diri untuk ke next level selepas 1 tahun 3 bulan sebagai Coway HP (Full time) atau lebih dikenali sebagai Neo Pro HP.

Alhamdulillah setakat hari ini sudah 3 bulan 12 hari sebagai Coway Health Planner (HM). Selain pencapaian sebagai HM, 2014 punya achievement juga telah membuka peluang untuk saya sertai trip syarikat ke Japan dengan 7 bulan (Jun-Dec 2014) berusaha melayakkan diri untuk turut serta dalam trip insentif tersebut.

Antara foto-foto kenangan sebelum dan semasa trip,

Day 1




Day 2






Day 3










Day 4











Day 5



















Bersyukur sangat dapat join top-top performer ke Japan. Memang excited sebab first time ever dapat join company trip macam ni. Dulu-dulu pernah juga join bisnes-bisnes lain tapi tak berpeluang sebab rasa susah sangat nak achieve. Dengan coway, peluang terbuka luas. Nak buat dengan tak nak buat saje.

Nanti kite sambung celoteh ya.. & sharing more photos.
Thank you for spending time jenguk blog kite..
-smiles- -smiles- -smiles- -smiles-

add me friend here ---> Sarena Mohamad