Monday, February 24, 2020

SEKIRANYA ANDA MASIH MEMBURU IMPIAN HIDUP, ANDA WAJIB TAHU 4 PERKARA INI.

Semua orang punyai matlamat hidup. Matlamat hidup adalah sangat berkait rapat dengan impian hidup. Impian hidup bila kita mengimpikan sesuatu dalam hidup kita, namun belum lagi tercapai.



KENAPA IMPIAN BELUM TERCAPAI

Ada banyak faktor yang menyebabkan perkara atau sesuatu yang kita impikan tak kunjung tiba dalam hidup kita. Antara yang utama adalah mungkin kita belum bertemu dengan platform yang benar-benar boleh memberi pendapatan yang sepatutnya demi nak merealisasikan impian kita itu.



Haaa, cer cuba semak betul-betul. Adakah pekerjaan yang kita laksanakan sekarang memberikan hasil yang setimpal dengan usaha kita. Jika Ya, alhamdulillah. Pasti terlaksana impian kalian dan keluarga. Namun jika tidak? Kalian lah yang perlu ambil tahu 4 perkara yang akan kak Rena kongsikan ini.
Okay, jangan kusut-kusut πŸ˜€. Setiap permasalahan pasti ada penyelesaiannya.

FANTASTIC 4 YANG MERUNGKAI KEKUSUTAN




Masih ramai daripada kita masih duk bertanya-tanya, “saya dah buat macam-macam bisnes, dah jual macam-macam benda namun duk macam itu jugaklah kehidupan saya. Buat makan ada, nak lebih sikit, tak ada!”
Okay, jangan risau ya kawan-kawan, jemput hadam 4 perkara ini yang perlu kita pertimbangkan untuk memilih platform bisnes atau bidang jualan demi merealisasikan impian dalam hidup kita.
  1. Syarikat: Syarikat yang kita cuba nak berbisnes atau melakukan jualan itu, adakah sudah stabil atau kukuh bertapak di Malaysia. Kenapa Malaysia? Kita kan nak mencari rezeki di Malaysia. Bukan hanya kukuh di negara lain.
  2. Produk: Barisan produk yang ditawarkan adalah memberi manfaat dan kebaikan kepada masyarakat. Bukan yang memberi mudaray kepada orang ramai. Bagusnya produk, makin besar peluang nak buat jualan.
  3. Plan Pendapatan: Kebiasaannya, bila syarikat kukuh, plan pendapatan juga lumayan. Namun jangan terkejut ada juga segelintir syarikat yang menawarkan plan pendapatan yang tak setimpal dengan usaha dan jenis produk untuk jualan. Semak betul-betul.
  4. Pasukan Jualan: Perkara ini antara yang sangat penting dalam kita memilih platform yang betul untuk mencapai impian hidup kita. Walaupun syarikat, produk dan plan pendapatan dah best namun pasukan jualan tak best, segala usaha gigih akan tersangkut. Jadi pilih pasukan jualan yang akan memberi sokongan padu pada setiap effort yang kita curahkan.


Champions team

SEMAK SEKALI LAGI

Bila dah kaji keempat-enpat perkara di atas, intai tengok juga sudah ramaikah yang dah berjaya di platform tersebut? Dah banyak buktikah berlaku “Life Changing” dari sudut kewangan dan impian hidup tercapai? Jika ya, jangan ragu-ragu lagi! Terus jalan ke depan tanpa toleh ke belakang. Jika tidak, intai-intai lagi peluang dan ruang yang perlu kita pertimbangkan.



Entry kak Rena kali ini dikhususkan untuk individu yang independence dalam hidup yang tak dapat elaun sara hidup dari mana-mana pihak. Yang memerlukan usaha gigih tahap dewa dari diri sendiri, bukan dari orang lain. Yang betul-betul mahukan perubahan dalam hidup.
Juga yang bukan dari keluarga ada ada yang mendapat sokongan kewangan dari PAMA (tak semua macam ni pun, kak Rena tau ramai yang rela usaha sendiri daripada mengharapkan bantuan mak ayah kanπŸ˜€)
Bak kata salah sorang sifu kak Rena, kita nak tengok kehidupan kita berubah atau tidak, kita intai tengok kehidupan kita 5 tahun lalu. Sekiranya masih sama dengan sekarang, means kita perlu buat sesuatu dan dah perlu kena pilih platform yang betul untuk ikhtiar mencari pendapatan lebih demi mencapai sebuah impian yang kita impikan dalam hidup!



Akhir kata, there is no success without hardship. Man Jadda Waa Jadaa, sesiapa yang bersungguh, pasti dia akan mendapatkannya.

INSENTIF TRIP PERCUMA BERSAMA COWAY


Bila kita bermula dengan suatu pekerjaan dalam sebuah syarikat, tentunya majikan ada menyediakan reward untuk para staff sebagai penghargaan prestasi kerja setelah hit certain KPI dalam bidang kerja masing-masing.
Cuma itulah, ikut pengalaman  kak Rena sendiri dulu, payah benar nak melayakkan diri untuk reward trip company sebelum-sebelum ini. Yer ler kak Rena pun bukan banyak pengalaman lompat lompat company pun. Ada lah satu dua tiga company pernah menyinggah.
Pernah satu ketika itu, kak Rena pernah bekerja di sebuah syarikat ini, majikan ada tawarkan peluang melancong ke luar negara. Namun syarat nak mendapatkan sangat sukar dan kemungkinan besar hanya golongan senior yang dah perform sahaja yang mampu layakkan diri.
Sama jugalah kami kat Coway ni haa. Ada saja reward yang company launch untuk seluruh organisasi di bawah sales department. Yang bestnya, peserta atau qualifiers tak semestinya geng senior lama-lama sahaja. Semua orang ada peluang nak dapat 😍. Tak percaya boleh pm kak Rena untuk kepastian.
Yang baru cecah 6 bulan pun dah ada peluang besar nak dapat reward paling kemuncak di Coway iaitu dapat join TRIP PERCUMA melancong ke luar negara. Fuhh sangat menarik! Sapa nak bagi tuuu. Tinggal nak usaha dengan bersungguh sampai dapat peluang tu.
Bermula dari sebagai agen (HP) sehinggalah kepada para managers, semua berpeluang tau. Tinggal nak melayakkan diri sahaja. Kak Rena pun dah lama jugak tak qualify trip Coway ni. Last qualify untuk trip balik kampung Korea tahun lepas. Sebelum-sebelum itu pun ada beberapa kali.
Jadi agak excited sangat ni bila tersenarai untuk trip Taiwan pada awal bulan September nanti. Tak penah sampai Taiwan lagi. Dengar-dengar Taiwan tengah musim luruh sekarang ini dengan suhu 23-29 darjah celcius. Waah, agak dingin la cuaca cenggini. Yang best jugak setiap kali trip, akan ada gala dinner untuk merai kejayaan setiap achievers.
Untuk makluman semua yang follow blog kak Rena ni haa, sekarang tengah mode ON Fighting untuk berpeluang untuk melawat negara SWISS || TURKEY & Maldives. Fuhh kuss semangat. Ketiga-tiganya sangat BEST! Seat untuk Swiss dan Turkey limited kepada 50 seat sahaja setiap satu. Maldives pula unlimited seat wooo 😱😱
Peluang Trip PERCUMA cenggini selalunya berpihak pada seorang yang suka cabar diri untuk buat sampai dapat, FREE kot 😍😍 Bukan kena bayar sesen pun, tinggal nak kena bawak beg baju dan duit shopping jaaa. Tiket flight, penginapan dan transportation semuanya akan ditanggung 100% oleh Coway Malaysia. 
Haaa, yang souvenir Russia tu dari seseorang dari keluarga CSTeam kami yang baru balik jelajah beberapa buah negara belah Russia sana. Terima kasih atas ingatan. Kak Rena sendiri pun tak penah sapai sana πŸ˜…. In sya Allah ada ruang dan peluang, sampai lah nanti.
Syok mengarang dah 10 perenggan rupanya. Adus duss. Terima kasih pada yang sudi baca sapai sini. Buat anak2 team, jom kita grab apa sahaja yang PERCUMA Coway offer kat kita. Best sangaaaatttt 😍