Showing posts with label Jurujual Coway. Show all posts
Showing posts with label Jurujual Coway. Show all posts

Saturday, January 6, 2018

KELEBIHAN JADI EJEN SAH COWAY SECARA SEPENUH MASA

Assalamualaikum, entry kali ini saya ingin membuat pencerahan sedikit berkenaan kelebihan menjadi ejen jualan sah Coway secara sepenuh masa.Ini kerana saya mendapat banyak diajukan pertanyaan perbezaan ejen part time dan ejen full time.

Namun sebelum itu, semua perlu maklum bahawa Ejen Coway ini hanyalah nama ringkas yang biasa-biasa orang panggil. Nama sebenar jawatan formalnya adalah Health Planner atau kami panggil sebagai HP.

Ok, HP ini ada 2 iaitu HP part time (ejen secara sambilan) atau HP full time (ejen sepenuh masa). Ejen full time ni dikenali jugak sebagai Neo Pro HP. Kedua-duanya dibayar komisyen yang sama terus kepada akaun bank HP daripada Coway (M) Sdn Bhd. 

Komisyen sama??? So apa kelebihan full time?
Haaa..ini yang kita nak sharing dalam posting kali ini.

KELEBIHAN NEO PRO HP (FULL TIME AGENT)

1. Basic allowance min RM 800, max RM 2500

2. Weekly Sales Incentive min RM 500, max RM 2000

3. Periodically Award (top rank nationawide; Monthly, Quarterly, Hald Yearly & Yearly) min RM 500, max RM 2000

4. Trip Incentive (dua kali setahun) dengan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh Coway (M) Sdn Bhd.

5. Lain-lain insentif yang akan dikeluarkan secara official dari masa ke semasa mengikut syarat dan terma oleh Coway (M) Sdn Bhd.

Apapun, jom revison sikit.

Apa KELEBIHAN SYARIKAT & PRODUK COWAY yang berbeza dari jenama-jenama lain yang ada di Malaysia ini?


Waahh,no wonder la Coway tetap jadi pilihan No 1 di Malaysia walaupun ada pesaing yang banyak. 



So, jangan tunggu lama sangat, andai kata anda punya IMPIAN SETINGGI GUNUNG, Coway is the best platform untuk anda bina kerjaya anda. Saya dah merasa dan terbukti bila mana saya mula daftar ejen sah Coway pada Oct 2013 dan hingga kini saya masih bersama Coway Malaysia sebagai salah seorang daripada 100 orang Senior Sales Manager (SM) seluruh Malaysia. (updated by 5/9/23)

Anda hanya perlu ambil langkah pertama hubungi saya di 0149212521 atau terus WHATSAPP dan saya akan hubungi anda kembali.

In sya Allah saya bantu sehabis baik sampai JADI!!!!


Jom GROW sama-sama dengan kami!





Monday, November 13, 2017

SENARAI AGEN SAH COWAY SELURUH MALAYSIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung blog Pusat Khidmat Coway yang dihormati.

Entri kali ini, suka saya untuk memperkenalkan agen sah Coway team kami seluruh Malaysia.


EJEN COWAY: CHE LIAS ( 010-7609242 )


EJEN COWAY: ALIFF ( 013-3633200 )


EJEN COWAY: CHE MAD ( 010-2219416 )



EJEN COWAY: SUE ( 011-11796164 )



EJEN COWAY: ABAM TOTOK ( 016-68787311 )




EJEN COWAY: ABAM HAIRUL ( 018-2254868 )



EJEN COWAY: ABAM SAIFUL ( 019-2213445 )




EJEN COWAY: PIYAN ( 018-2516994 )



EJEN COWAY: ONE ( 013-7096101 )



EJEN COWAY: KAK WAN ( 019-2572057 )



EJEN COWAY: ZURA ( 018-2751726 )




EJEN COWAY: SYIKIN ( 019-6111234 )




EJEN COWAY: HELMEY ( 017-6582874 )




EJEN COWAY: MAZZ ( 019-6222624 )




EJEN COWAY: SHAM ( 012-6825590 )



EJEN COWAY: MIRA ( 012-2112439 )



EJEN COWAY: INNA ( 013-6285366 )




EJEN COWAY: KUCAI ( 017-2853613 )





HUBUNGI MEREKA YANG PERAMAH DAN SUKA MEMBANTU INI UNTUK MENDAPATKAN PRODUK COWAY DI KEDIAMAN ANDA.



PROMOSI TERKINI COWAY KINI SEDANG BERLANGSUNG.


Monday, April 18, 2016

LIFE AS COWAY SALES PERSON (JURUJUAL PROFESSIONAL COWAY)

Bismillahirrahmaanirrahiimmm

BAGAIMANA SAYA BERMULA DI COWAY??

Tahun 2011, bulan Mac..saya officially resign sebagai tutor di sebuah kolej swasta. Hanya bertahan lebih kurang 3 tahun. Sebab...ingin set up bisness sendiri yang dipelopori oleh Encik Suami saya sendiri. Untuk bisness ini saya perlu membuka sebuah syarikat enterprise yang mana pada permulaannya... sayalah director, sayalah admin, sayalah accountant, sayalah pekerja, sayalah cleaner dan semuanya saya termasuk kerja-kerja HR untuk mencari staf di syarikat baru kami. Alhamdulillah selepas beberapa bulan, saya berjaya meramaikan jemaah syarikat kami dan semuanya berjalan lancar dan rezeki masuk melimpah ruah sehinggalah satu masa di awal tahun 2013, masalah besar menimpa bilamana kami tidak dapat lagi menjalankan bisness ini atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Pada masa ini staf mulai berkurang dan berkurang dan saya kembali berseorangan. Dalam pada ni, kami mengambil langkah untuk cuba berjinak dengan bisness lain seperti menjual produk supplement, kain cotton dan few barang lagi secara dropship. Namun kami tak dapat bertahan memandangkan modal yang perlu dikeluarkan agak tinggi untuk produk bukan dropship. Boleh dikatakan waktu ini, kehidupan kami sangat struggle..hampir berputus asa saya dan ingin pulang ke kampung untuk jalankan bisness makanan. Nak apply makan gaji semula, bila buat kira-kira..komitmen kami dah makin-makin bertambah..tak mungkin boleh mencukupi walaupun pada masa itu suami saya masih menjawat jawatan sebagai penolong pegawai di sebuah jabatan kerajaan.


- TURNING POINT -
Dalam kebuntuan, dalam kecelaruan..tetiba saya teringat seorang kenalan yang saya kenal sewaktu bisness trading secara kecilan dengan beliau...pernah mengajak saya untuk bersama dengan Coway Malaysia. Beliau terangkan beliau pada masa itu sudah mula fokus ngan Coway sahaja..no more other bisness... namun, biasalah..masa itu masih busy sangat dengan current bisnes yg open own company tu..tak boleh nak komit dan juga terasa kurang yakin dengan Coway sebab tak kenal sangat..duk ingatkan perniagaan bertingkat (MLM)... dah serik dengan MLM bilamana pernah terkena sewaktu makan gaji di kolej dulu menyebabkan saya terberhutang ngan bank demi nak keluarkan produk mereka sebanyak 24 ribu plus plus...huhuhuhu..tu saya sangat berhati-hati kononnya..

Tetiba saya terfikir untuk hubungi kenalan saya itu bertanya balik tentang peluang yang ada di Coway. Pada masa itu juga, saya telah pun memasang dan experience sendiri penapis air coway di rumah saya yang saya sewa beli melalui kenalan saya tersebut. Memang mudah dan convenience ada mesin air coway di rumah...really really fall in love...memudahkan kerja2 saya nak uruskan air minum family saya.. oleh yang sebab demikian, saya merasakan saya yakin boleh jual produk2 Coway ini, kerana ianya satu keperluan asas untuk setiap orang.. air dan udara bersih..semua orang perlukan. Maka pada suatu hari di bulan september 2013..saya pun menghubungi kenalan saya itu untuk bertanyakan balik macam mana nak jadi ejen coway. Kenalan saya memberitahu saya untuk datang bertemu dengan manager beliau di Coway HQ, Jalan Pinang KL.

Dipendekkan cerita..maka saya pun register as Coway Authorized Health Planner atau nama ringkasnya Ejen Sah Coway atau nama lagi sempoi..jurujual Coway jaaaa.... Masa register tu... saya tak fikir apa dah..boleh ker tak..pandai ker tak nak jual...sapa rasanya nak beli ngan saya... memang tak fikir daaa... yang saya tahu..saya perlu grab peluang yang saya ada sekarang..lagipun yuran pendaftaran untuk jadi ejen sah Coway ni hanya RM 100 yang valid seumur hidup. Fuhhh..mana nak cari..bisness yang tak ada modal produk langsung!!! Saya bersyukur sangat..aim saya janji lepas hutang / komitmen bulanan saya yang begitu banyak.. nasib baik suami ada membantu untuk bayarkan komitmen bulanan saya sementara nak bagi saya betul boleh jalan dan earn income sebagai jurujual coway.


Dipendekkan cerita lagi... saya mula mengorak langkah demi langkah..permulaan yang sungguh sukar memandangkan saya tak ada pengalaman langsung nak menjual produk penapis air dan udara ni... berbekalkan usaha yang tidak putus-putus, tabah dan cuba jadi kuat dikala terima rejection..bersabar dalam menimba ilmu untuk improve diri dan skills menjual...doa dan istiqomah sangat-sangat membantu dalam peningkatan result jualan saya dari bulan ke bulan... Ya Allah bersyukur sangat..dalam begitu banyak kekurangan..kelemahan...saya teruskan langkah.. sehingga mencapai macam-macam achievement especially di tahun 2014. Allahuakhbar... Hanya Dia sebaik-baik penolong dalam setiap usaha yang saya curahkan..


Berikut ringkasan perjalanan saya di Coway sebagai Jurujual Professional Coway:


Sept 2013 - Register sebagai Coway Health Planner (part timer)

 --> Sertai Coway Opportunity Program (Untuk nubis kubis untuk melihat hala tuju Syarikat Coway (M) Sdn Bhd.) 2 hari 1 malam di Viva Hotel, KL.
Okt 2013 - Layakkan diri untuk jadi full timer Coway Agent (Neo Pro HP)
Sept 2014 - Decide untuk fight to next level (Coway HP Manager)
Nov 2014 - Fight to be HM (Qualified)
Dec 2014 - Pre - HM (HM to be ~ Last month as HP)
Sepanjang tahun 2014:
Antara pencapaian:
1. Dinobatkan sebagai Super HP Q2,Q3, Q4 2014
2. Qualified untuk Coway grand trip incentive to Japan
     (Fighting month: Jun 2014 - Dec 2014)
     First time dapat - rasa bersyukur sangat-sangat.

Jan 2015 - Officially sebagai Coway HP Manager (HM)

Mac 2015 - Fly to Japan (Coway celebrate March Besday at Japan - so happy !!
Banyak lagi pencapaian-pencapaian di tahun 2015 sebagai HP Manager termasuklah dapat incentive Grand Trip kali kedua ke Italy (Fighting month: Jun 2015-Dec 2015)
Fly ke sana 25 Feb 2016. 

Alhamdulillah syukur..


Dan berikut adalah latest program yang team kami laksanakan untuk membuka peluang kepada bakat-bakat baru dalam sales.

Ramai yang turut serta dalam program ni..dan yang terujanya..saya dipilih untuk berkongsi topik Basic Skills dalam program tersebut.
Kalau awal-awal dahulu saya sebagai orang baru di Coway join program seumpama ini sebagai peserta program..kini giliran saya pula berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman yang ada untuk para peserta.


















Inilah perjalanan saya ringkasnya, nak kata susah..ada susahnya.. nak kata senang.. tak der lah senang mana pun..


Bukan senang nak senang

Namun tak susah nak usaha
Cuma perlukan pengorbanan dan hati kental

Semua orang boleh buat..kerana ada sesuatu yang special dan unik berada di Coway especially bersama team kami yang cukup havoc #CSTeam . 


Apapun ...terima kasih banyak..sudi layanzz entry saya kali ni.. 

Jumpa lagi di lain-lain posting!!!
###################################################################


Nak daftar sebagai ejen Coway ????

Klik sini ----> Coway Health Planner
Biar kami bantu anda !!!
Boleh juga terus hubungi 014-0212521 (Sarena)

Sunday, April 10, 2016

INSENTIF TRIP BERSAMA COWAY KALI KEDUA KE ITALY

Alhamdulillah..
Itu sahaja yang mampu diucapkan bila sekali lagi tersenarai dalam list manager (Health Manager) yang layak untuk mengikuti Grand Trip Coway Malaysia ke Italy.

Dalam 200 lebih Coway Health Manager yang ada di Malaysia ni..hanya 20 orang sahaja dipilih mengikut ranking tertinggi. Dan daripada 20 orang tersebut, saya berada di tangga ke 15... Fuhhss, syukur sangat..dapat ke sana bersama Coway top performer baik dari kalangan HP, HM, SM, GM dan SGM serta Coway Top Management.

Teringat lagi..waktu fight Japan..last minit dapat layakkan diri daripada 38 ranking tertinggi kalangan Coway Health Planner, dan saya di tangga ke 35.. hihi asik sipih sipih jaaa rangking.. tak kisah la kan asal tersenarai dalam ranking layak sertai Coway Trip.


Untuk trip ke Italy ni, fighting months adalah daripada bulan Jun 2015 hingga December 2015. Bila dah kluar result pada pertengahan Jan 2016, macam biasa rasa macam tak percaya pun ada... Jauh tu Italy..13 jam perjalanan. Finally company kluarkan memo..tarikh berangkat ke Italy ialah pada 25 feb 2016. Waah cepat pula rasanya. Dengan kesibukan normal as team manager..cuba jugak cari masa buat persiapan untuk ke sana. Al maklum time pergi tu masih musim sejuk.. so barang kelengkapan musim sejuk mesti cukup...


Sedikit Itenery saya nak share sepanjang trip ni yang Coway dah sediakan buat kami..

Bertolak dari KLIA ke Doha menaiki Qatar Airways yang mengambil masa selama 8 jam..jenuh jugalah sampai krem kaki skit.
Sampai Doha ..transit tak lama terus sambung perjalanan ke Rome yang mengambil masa selama 5 jam pula..huk huk huk..

Alhamdulillah, selepas hampir 15 jam (plus transit) sampailah ke bumi Rome waktu pagi (local time) masa tu malaysia dah petang.

Dipendekkan story, Kami spend 2 days time kat Rome kemudian bertolak ke Florence untuk 1 malam di sana, kemudian sambung trip ke Venice untuk 1 malam dan finally ke Milan untuk 2 malam di Milan.

Overall..sangat enjoy..apa tak nya.. Fully Sponsored Trip by Coway Malaysia Sdn Bhd. Accomodation, Transportation dan Makan Minum semua di bawah tanggungan syarikat Coway kesayangan kami.

Kami jual penapis air Coway, penapis Udara Coway dan lain-lain produk Coway jer.. dapat trip macam ni... terharu nak nanges pun ada.. Dah termenanges dah pun kat atas gondola di Venice. Syahdu skit masa ni..plus rindu anak-anak... dengan hujan gerimis..hmm lagi lah kan..

Alhamdulillah juga, keputusan yang saya buat untuk serta Coway Malaysia pada bulan september 2013 sampai ke tahap ini. Jadi ejen sah Coway jer pastu fight untuk jadi salah sorang top producer..along the way..cuba serve rakyat malaysia yang perlukan air bersih..udara bersih dengan sebaiknya...

Terima kasih buat Coway Malaysia, para pelanggan Coway, rakan-rakan seperjuangan, encik suami, anak-anak dan seluruh keluarga yang mendoakan perjalanan kerjaya saya di Coway.

Saya sedia membantu rakan baru yang inginkan pengalaman baru dalam kejurujualan produk Coway yang begitu berlainan dari biasa.

Saya boleh dihubungi di 0149212521 ...