Showing posts with label Trip Coway. Show all posts
Showing posts with label Trip Coway. Show all posts

Monday, February 24, 2020

INSENTIF TRIP PERCUMA BERSAMA COWAY


Bila kita bermula dengan suatu pekerjaan dalam sebuah syarikat, tentunya majikan ada menyediakan reward untuk para staff sebagai penghargaan prestasi kerja setelah hit certain KPI dalam bidang kerja masing-masing.
Cuma itulah, ikut pengalaman  kak Rena sendiri dulu, payah benar nak melayakkan diri untuk reward trip company sebelum-sebelum ini. Yer ler kak Rena pun bukan banyak pengalaman lompat lompat company pun. Ada lah satu dua tiga company pernah menyinggah.
Pernah satu ketika itu, kak Rena pernah bekerja di sebuah syarikat ini, majikan ada tawarkan peluang melancong ke luar negara. Namun syarat nak mendapatkan sangat sukar dan kemungkinan besar hanya golongan senior yang dah perform sahaja yang mampu layakkan diri.
Sama jugalah kami kat Coway ni haa. Ada saja reward yang company launch untuk seluruh organisasi di bawah sales department. Yang bestnya, peserta atau qualifiers tak semestinya geng senior lama-lama sahaja. Semua orang ada peluang nak dapat 😍. Tak percaya boleh pm kak Rena untuk kepastian.
Yang baru cecah 6 bulan pun dah ada peluang besar nak dapat reward paling kemuncak di Coway iaitu dapat join TRIP PERCUMA melancong ke luar negara. Fuhh sangat menarik! Sapa nak bagi tuuu. Tinggal nak usaha dengan bersungguh sampai dapat peluang tu.
Bermula dari sebagai agen (HP) sehinggalah kepada para managers, semua berpeluang tau. Tinggal nak melayakkan diri sahaja. Kak Rena pun dah lama jugak tak qualify trip Coway ni. Last qualify untuk trip balik kampung Korea tahun lepas. Sebelum-sebelum itu pun ada beberapa kali.
Jadi agak excited sangat ni bila tersenarai untuk trip Taiwan pada awal bulan September nanti. Tak penah sampai Taiwan lagi. Dengar-dengar Taiwan tengah musim luruh sekarang ini dengan suhu 23-29 darjah celcius. Waah, agak dingin la cuaca cenggini. Yang best jugak setiap kali trip, akan ada gala dinner untuk merai kejayaan setiap achievers.
Untuk makluman semua yang follow blog kak Rena ni haa, sekarang tengah mode ON Fighting untuk berpeluang untuk melawat negara SWISS || TURKEY & Maldives. Fuhh kuss semangat. Ketiga-tiganya sangat BEST! Seat untuk Swiss dan Turkey limited kepada 50 seat sahaja setiap satu. Maldives pula unlimited seat wooo 😱😱
Peluang Trip PERCUMA cenggini selalunya berpihak pada seorang yang suka cabar diri untuk buat sampai dapat, FREE kot 😍😍 Bukan kena bayar sesen pun, tinggal nak kena bawak beg baju dan duit shopping jaaa. Tiket flight, penginapan dan transportation semuanya akan ditanggung 100% oleh Coway Malaysia. 
Haaa, yang souvenir Russia tu dari seseorang dari keluarga CSTeam kami yang baru balik jelajah beberapa buah negara belah Russia sana. Terima kasih atas ingatan. Kak Rena sendiri pun tak penah sapai sana 😅. In sya Allah ada ruang dan peluang, sampai lah nanti.
Syok mengarang dah 10 perenggan rupanya. Adus duss. Terima kasih pada yang sudi baca sapai sini. Buat anak2 team, jom kita grab apa sahaja yang PERCUMA Coway offer kat kita. Best sangaaaatttt 😍

Friday, July 13, 2018

COWAY NAK BAWAK JALAN-JALAN KAT EUROPE?

Sebut Europe, mesti ramai yang mengidam nak jelajah pergi sana kan. Iyer ler, mana tak nya especially buat mereka yang suka travel ke negara-negara luar. Negara-negara di Eropah ni mostly memang cantek yang amat dari segi view dan keunikan bangunan-bangunan lama yang memukau. Ramai yang sanggup spend duit untuk pergi menjelajah ke benua Eropah dari satu negara ke negara lain.

Haaa.. posting kali ni sajalaa nak share yang syarikat Coway Malaysia ada offer FREE & Fully Sponsored Trip ke 3 buah negara Eropah serentak. FUHHHHH.. kus semangat mendengarnya!

Betul!!! Ini bukan omongan kosong tau..!!! Segala kos perbelanjaan untuk transport, penginapan dan makan-makan ditanggung oleh Coway Malaysia Sdn Bhd yang dah 12 tahun bertapak kukuh kat Malaysia ni. Fuhhhhh..!!!

Untuk siapakah tawaran ini???
Jawapannya adalah untuk geng-geng jurujual penapis produk Coway yang nama formal jawatannya adalah Authorized Coway Health Planner yang komited secara FULL TIME sahaja.

WOW!!!! Bestnyaaaa...! Untungnya mereka. Dah la kerja ngan Coway, ada peluang melancong ke luar negara secara PERCUMA pula. Dua kali setahun pulak tu! Untung ... untung sungguh. Bila dah qualify, pergi melancong bukan untuk kerja atau seminar atau apa yang related ngan kerja, tapi 200% pergi makan angin, jalan-jalan, cuti mata, shopping handbag (ehhhhh.. :D) dan nikmati view yang sungguh canteks.

So kali ini, Coway dah decide nak spend bawak jalan-jalan geng jurujual Coway ni ke kota Paris, Brussels dan Amsterdam serentak 3 buah negara. Tempoh kelayakan untuk trip ini adalah bermula July 2018 hingga December 2018. Dan jangkaan bulan fly ke Eropah adalah awal tahun 2019 tahun depan. FUHHHH LAGI...!!!!! Jom layan gambar jap. Berangan dulu tak salah kannnnn..???

KOTA PARIS




KOTA BRUSSELS




KOTA AMSTERDAM



So, kepada sesiapa yang memang kaki jalan, suka melancong, suka melancong FREE.. meh hellow hellow saya untuk ketahui macam mana nak layakkan diri ke trip 5 bintang dari Coway Malaysia ini.

Saya boleh dihubungi di 0149212521 atau terus wassap ke SINI. 
Kena laju-laju contact sebelum 20 July 2018 sahaja.


Mungkin ANDA antara ratusan yang layak sertai GRAND TRIP dari Coway ini.
















Saturday, April 22, 2017

JURUJUAL COWAY (EJEN COWAY) BERCAMPERVAN DI NEW ZEALAND

Dikala mereka masih risau untuk berubah
Ku terus melangkah menuju cita
Andai rebah akan ku bangkit segera
Andai terluka ku ingat akan janjiNya
Man Jadda Wa Jadaa

- Sarena Mohamad -
Milford Sound, South Island
New Zealand


Bismillahirrahmaanirrahim.
Bersyukur ke hadrat Ilahi di atas kurniaan rezeki dan kesempatan ini untuk update entry kali ini.

Terima kasih tak terhingga buat pelawat2 yang sudi menyinggah ke blog admin yang tak seberapa ni.

Kali ni, just nak kongsi keseronokan bila mana admin, incik suami dan few team kami termasuk big boss besar kami join trip bercampervan di Suth Island, New Zealand.

Tak terjangka juga sebenarnya sebab last minit saya dan suami buat keputusan untuk join trip yang kawan-kawan kami dah plan lebih awal sebenarnya. 

Alhamdulillah tak rugi tak ralat tak nyesal langsung bila tiba di sana.
Perjalanan mengambil masa hampir 14 jam juge menaiki flight tambang murah Air Asia.. murah tak murah mana sebab decide last minute kannn.. heheheh.

KL-Gold Coast-Auckland-Christchurch, 10-18 April 2017.



Trip kali ni agak special kerana semua kos dan bajet2 adalah di bawah tanggungan sendiri..bukan company sponsor yaaa.. dan kami di tour guide kan oleh sorang ejen travel solo yang uruskan semua urusan booking tiket dan ground matter termasuk itenery sepanjang berada di sana. Korang boleh follow IG beliau --> OurOwnTravelWay by Hafiz ( 0126167309 ). Beliau memang handle trip ke New Zealand.


First time bertravel ngan campervan ni... semua kelengkapan macam dalam rumah ada .. terbaikkk!!!


Untuk keseluruhan trip ni, kami cover bahagian selatan New Zealand jer dulu selama full 8 hari.Bahagian north memang tak sempat. Kena join next trip pula InsyaAllah.


Dikongsikan gambar-gambar sepanjang trip. Seperti semua orang tahu, New Zealand adalah negara yang kaya dengan keindahan alam semulajadi. Memang terpukau dan rasa rugi sangat kalau tertidur di sepanjang perjalanan dari satu tempat menuju ke satu tempat.




Rasa macam tak bleh nak missed satu view pun ... huhuhu..

New Zealand terlalu banyak tasik-tasik semulajadi yang sungguh cantik.
Antaranya adalah Tasik Wanaka, Tasik Tekapo, Tasik Wakatipu (Queenstown) dan lain-lain yang tak sempat tahu pun nama2nya :D .




































Tunnel Beach Part I





Tunnel Beach Part II




Dunedin Town, visit train station yang sungguh unik dan menarik, pusat jualan cadbury dan sekitar town Dunedin.

Queenstown Skyline. Naik gondola untuk cuba mainan luge. Best sambil tengok view yang sungguhhhhh...speechless!