Saturday, April 12, 2014

BILA CODY DATANG UNTUK SERVIS LOMBOK II






Masuk hari ini, dah 4 bulan Mr. Lombok saya ni berkhidmat untuk kami satu family. 

Hmm..tengok..syok ja dia dia orang melepak depan TV. Nampak macam ok jer..tapi pernah tak kita fikir udara dalam rumah yang mereka dan kita sendiri sedut setiap saat. Menurut kajian, udara dalaman lebih mengundang bahaya daripada udara luaran. Sejauh mana bahaya..boleh la sama tanya en. Google... tak rugi kita tambah knowledge berguna untuk kebaikan kita juga.



Kali ini, saya nak kongsi kenapa perlunya penapis udara / air purifier. Dalam rumah kita..umumnya ada bermacam-macam bahan terampai dalam udara kita seperti habuk, debu halus, debu hama, bahan kimia, gas-gas, kuman, virus dan bakteria. Bahan-bahan ini berupaya masuk ke dalam tubuh kita melalui pernafasan. Bahan-bahan terampai ni memang kita tak boleh nak nampak dengan mata kasar kita. Jadi secara tidak langsung, bahan-bahan inilah yang menjadi penyebab kepada jangkitan selsema, batuk, asma dan lain-lain masalah berkaitan asma.


Alhamdulillah diberi kesedaran untuk pakai penapis udara Coway model Lombok II ni. Sangat berkesan menapis bahan-bahan terampai yang saya sebutkan tadi. Apa yang perlu kita buat...hidupkan (ON) sahaja alat ini..dan jalani kehidupan macam biasa. Cukup waktu, pihak coway akan datang buat servis untuk mencuci (atau tukar filter bila cukup tempoh) seluruh luar dan dalam alat ini. 


First Visit by Cody ~ Sangat sporting named Reena Lai

Second visit Cody untuk servis LombokII
Untuk second visit ni, Cody bawak sekali 2nd filter untuk ditukar. 2nd filter ni di panggil legionella filter yang berfungsi menapis habuk yang sgt halus serta bersifat anti bakteria.

No 1 dan 2 : Keadaan 1st filter yang dipenuhi habuk serta sedikit bulu kucing. Saya tak bela kucing, kenapa ada bulu kucing??? Sebab, pernah 1 kali bawak lombok ni join Cat show kat old klang road.. event tu 2 hari. Sempat melekat gak bulu-bulu kucing tu.

No. 3: Kotak legionella filter yang belum ditukar.

No. 4: Yes, dah bersih kembali lombok II saya and sedia berkhidmat semula sebelum dikunjungi lagi oleh cody saya lagi 2 bln dari tarikh hari ini.









  











AKTIVITI SEMASA BERSAMA COWAY



COWAY GRAND CONFERENCE

Alhamdulillah.. First time join Grand Conference Coway kat Hotel Sunway pada 18 Jan 2014 lalu. Nak dijadikan cerita tahun nie tema baju adalah uniform professional kami..so tak payah fening2 nak cari baju untuk dinner ni.


Gambar-gambar sekitar event terbesar tahunan Coway pada malam tersebut..... 

























Wednesday, April 2, 2014

TAK ADA NEW PROMO KER?



Alhamdulillah... sudah masuk April 2014. Cepat betul masa berlalu. Bila Mac 14 dah berakhir maka promosi alat penulen udara (air purifier) yang 20% aritu pun dah berakhir pada 26 mac 14 yang lalu. Tahniah pada pelanggan coway yang grab harga promo especially untuk Lombok II yang jarang skali Coway nak offer untuk 20% off. 




So buat masa sekarang untuk April - June 2014, semua produk coway untuk air dan udara, ada diskaun 10% untuk belian terus (tunai, cek, kad kredit atau ansuran mudah melalui kad kredit)

Untuk rental masih kekal sama...boleh klik di sini . Tiada promo untuk rental / sewa beli.

Walaupun tiada promosi untuk rental scheme / skim sewa beli.. 70% pelanggan coway memilih untuk mendapatkan produk coway melalui skim ini  (kecuali outdoor filter). Ini kerana sepanjang tempoh 5 tahun, pengguna pelanggan Coway akan nikmati kemudahan berikut secara PERCUMA:
   ** Kunjungan setiap 2 bulan sekali untuk servis (sanitation) & product check up 
        **  Penukaran filter dalaman secara berjadual 
        **  Sebarang kerosakan, akan di baiki percuma
        **  Penukaran alat ganti jika perlu secara percuma
Macam sangat-sangat BEST bila servis dan penyelenggaraan produk dijaga oleh pihak Coway.


Untuk makluman.. pada bulan Mac 2014 sahaja, Coway telah  terima order sebanyak 5000 tempahan dari pelanggan seluruh Malaysia...dan majoriti dari angka tersebut telah pun menikmati benefit produk coway di rumah masing-masing.

Dan untuk saya sendiri... saya telah pun menguruskan 4 tempahan untuk bulan April (Alhamdulillah) ini dan ada lagi few appointment yang akan dipenuhi untuk bakal pelanggan/pengguna produk coway.

Jika ada antara pengunjung blog ini yang masih ragu2 dengan produk coway.. cepat2 hubungi saya 014 921 2521 untuk clarification kenapa perlu memilih coway. Tak salah dengar dahulu... nanti buat decision. Tapi jangan lama2 kerana masa berjalan.. setiap hari kita minum air dan kita kena pastikan air yang kita minum benar2 bersih dan tulen serta bebas dari bahan pencemaran yang ada dalam sumber air paip yang dibekalkan ke rumah kita.

Sebagai salah seorang staf unit jualan Coway, saya sedia membantu anda untuk pemasalahan anda tentang isu air dan udara di rumah/pejabat/premis perniagaan anda.

SMS "AIR" atau "UDARA" ke 014 9212521, anda akan dihubungi secepat mungkin.

coway


Friday, March 14, 2014

KRISIS AIR DAN UDARA KIAN MERUNCING!!!



Hari ini 14.3.14 semua sekolah di kawasan Klang diarahkan untuk tutup akibat jerebu yang teruk sejak dari semalam. Di kawasan tempat tinggal saya juga termasuk dalam kawasan yang di catu air yang mana bekalan air paip yang masuk 2 hari ada, 2 hari tak ada. So bila mana air paip tak ada, air simpanan tangki digunakan untuk urusan bilik air sahaja. Nak memasak pun kena jimat-jimatkan air. Makan pun terpaksa guna polisterin...huhu sedihkan... tapi apa nak buat.. kena terima jer bila musim kemarau teruk macam di tambah pulak dengan kehadiran jerebu yang mencatatkan kualiti udara yang sangat tidak sihat.

Selepas 2 hari tiada bekalan air paip terus, hari ni alhamdulillah ada balik. Tapi bila bukak jer pili..sangat terkejut melihat kualiti air paip pulak :)  ... nasib baik kat rumah saya gunakan mesin air minuman Coway yang sangat membantu dalam tempoh ketiadaan sumber air paip 2 hari lepas.

Yang syok nya..bila ada air paip, mesin air coway secara automatik akan refill (isi semula) air ke dalam tangki simpanan air selepas melalui 6 peringkat penapisan. Kali ini sempat saya buat ujikaji sendiri tanpa alat khas tp jelas dapat dilihat dengan mata kasar beza air yang direct keluar dari pili dengan air yang dah melalui sistem penapisan coway.



Untuk nampak lagi real saya gunakan gelas yang berbeza dan isikan 2 jenis air kemudian saya tukarkan gelas dan isikan 2 jenis air juga. Boleh nampakkan bezanya...? Warna air telah menunjukkan kualiti air tersebut..belum di uji apa kandungan yang ada dalam air keruh tu...





Berbalik kepada jerebu..sebenar bukan Klang sahaja yang dilanda jerebu...hampir semua kawasan di Lembah Klang turut mengalaminya.







Jika air kita minum...udara kita sedut..
Kedua-dua elemen ini masuk ke dalam tubuh kita 
setiap hari..setiap jam..
 Ia akan mempengaruhi organ penting dalam tubuh kita.
Sebab itu adalah sangat penting untuk kita jaga kualiti air yang kita minum dan kualiti udara yang kita sedut.

Bak kata pepatah
"Mencegah itu lebih baik dari merawat"
Organ dalaman kita tiada gantinya
Air sinonim dengan buah pinggang
Udara sinonim dengan paru-paru

Tepuk dada tanya hati
Perlu ker Perlu
Water Purifier & Air Purifier
?????


Saturday, March 8, 2014

PRAY FOR MH 370

SESUNGGUHNYA HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI.
KITA HANYA MAMPU MENDOAKAN YANG TERBAIK...

Credit untuk pemilik gambar2 di bawah.



Monday, March 3, 2014

DISKAUN 20% UNTUK SEMUA MODEL ALAT PENULEN UDARA COWAY



Promosi 20% kembali tetapi hanya untuk bulan MAC 2014 sahaja. Bila ada promo macam nie..banyak order masuk untuk Model Lombok II nie.. apa tak nya...ramai yang dah tahu kebaikan dan kepentingan Lombok II nie. Tambah-tambah pulak sekarang, jerebu mula melanda negara kita. 



JEREBU DATANG LAGI!!!





Hati-hati dengan Serangan Strok Haba / Heat Stroke

1 Mac 2014

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diminta berwaspada terhadap tanda-tanda awal 'heat stroke' atau 'strok haba' berikutan cuaca panas dan kering ketika in



Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu Bernama, definisi strok haba adalah paras SUHU BADAN MENINGKAT meningkat melebihi 40.5 darjah celcius. Suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 darjah celcius.



"Antara TANDA AWAL terkena strok haba ialah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi yang pantas.


"TANDA-TANDA LAIN ialah otot lemah dan kejang, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam," katanya.

Dr Noor Hisham berkata suhu tinggi juga mengundang KOMPLIKASI kepada SISTEM SARAF OTAK yang boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa kematian.

Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini menyatakan keadaan CUACA PANAS dan KERING melanda negara ketika ini agak TINGGI berbanding tempoh sama tahun lepas dan dijangka BERTERUSAN sehingga PERTENGAHAN MAC ini.

Dr Noor Hisham berkata PENDEDAHAN BERPANJANGAN kepada CUACA dan SUHU PANAS disamping KURANG MINUM AIR dan DEHIDRASI BADAN antara PUNCA boleh menyebabkan strok haba.

Oleh itu beliau menyarankan beberapa langkah segera untuk diambil sekiranya ada individu terkena strok haba iaitu menempatkan pesakit di tempat teduh dan berhawa dingin.

"Haba tinggi boleh dikurangkan jika individu itu ditempatkan di bawah kipas dan mengelap anggota badan menggunakan tuala basah.

"Pesakit juga mungkin boleh berendam di dalam kolam air untuk menurunkan tekanan haba dan menyejukkan badan," katanya.

Dr Noor Hisham turut meminta orang ramai mengelakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas serta MINUM AIR dalam kuantiti banyak atau sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari. - Bernama