Showing posts with label Tips memilih penapis air yang bagus. Show all posts
Showing posts with label Tips memilih penapis air yang bagus. Show all posts

Saturday, December 16, 2017

BAGAIMANA CARA NAK PASANG PRODUK COWAY?

Assalamualaikum,
Terima kasih buat pengunjung setia blog PUSAT KHIDMAT COWAY.

Entry kali ni, saya ingin kongsikan CARA MUDAH untuk nak pasang produk Coway di Seluruh Malaysia.

Akan tetapi sebelum itu, semua dah tahukan berkenaan pengiktarafan yang baru saja Coway dapat iaitu Halal Brand Award.

Tahniah! Coway Malaysia dianugerahi “Sistem Penapisan Air Halal Terbaik” dibawah Jenama Warisan yang diadili oleh wakil JAKIM, HDC, MITI dan MATRADE! Hanya untuk jenama yang melebihi 25 tahun di Asia! 

Halal Inside-Out! Coway Malaysia is awarded the Best Halal Water Filtration System for Heritage Brands segment (exclusively for brands above 25 years) which judged by representatives from JAKIM, HDC, MITI and MATRADE!

3 CARA MUDAH NAK PASANG PRODUK COWAY.

1. Pastikan anda menghubungi ejen sah Coway seluruh Malaysia.
Klik sini, mungkin mereka ini boleh membantu tuan puan untuk tempah unit produk Coway ---> EJEN SAH COWAY YANG KOMITED

2. Untuk mempercepatkan proses, sediakan maklumat seperti berikut dengan lengkap:
      Nama, alamat pemasangan, no telefon pertama & kedua, model produk           yang dikehendaki. Selebihnya ejen kami akan guide sehabis baik.

3. Dokumen yang diperlukan adalah semudah ABC iaitu, salinan IC depan belakang dan salinan hadapan kad debit.

Mudahkan?
Yang penting tuan puan hubungi EJEN SAH COWAY YANG KOMITED team kami ini yang sedia membantu tuan puan.

atau bleh juga terus sms atau whatsapp ke 0149212521



Saturday, October 15, 2016

PENAPIS AIR COWAY DENGAN HARGA JIMAT!

Bismillahirrahmaanirrahiim...

Alhamdulillah,
Saya kembali dengan entry yang memaparkan info yang berbaloi baloi untuk diberi perhatian oleh semua orang.
Mungkin ada yang dah alert akan promo Coway kali ni. Belum terlambat rasanya untuk saya war warkan pada semua orang tentang promosi best ini.

Haa.. Kalau dahulu... Ramai yang beranggapan produk penapis air mahal sangat.. Tak mampu nak miliki.. Harga .. Mesti lebih RM 100 sebulan untuk model yang provide 3 jenis suhu.

Kini Coway tampil dengan Promosi yang begitu hangat sedang diperkatakan.
Fuuuhhhh Penapis Air Coway model Neo, yang asalnya berharga RM 115 sebulan dengan skim sewa beli Coway... Kini hanya RM 95 sahaja sebulan dengan skim sewa beli Coway.
Uwaaa... Patutlah banyak sangat order masuk berpusu-pusu setiap bulan.
Oleh yang demikian.. Penapis Air Coway Neo ni menjadi rebutan kaw kaw.. Sejak akhir-akhir ni..

Namun... Stok yang ada sangat limited. Hanya 3000 unit sebulan !!!!
Dan promosi ni hanya sehingga bulan Disember 2016 sahaja. 
Normally.. Belum cukup 1 bulan... Stok model Neo akan cecah ke 3000 unit.

Buat sesape yang belum mengenali mana satu penapis air Coway model Neo... Nindiaaa.. Klik link di ats untuk lihat gambar penapis air Coway model Neo yang cun melecun nii.. Walaupun kecik... Design nya sangat menawan & dari aspek kualiti air tapisan... Dun worry ya.. Semua produk Coway adalah produk R & D. Dijamin selamat diminum oleh semua peringkat umur serta disahkan halal oleh JAKIM.


Lets bercoway dengan Kami 😀
Che Lias 0107609242
Sarena 0149212521



Saturday, September 5, 2015

PILIH COWAY CORE UNTUK KELUARGA BESAR

CORE: MODEL PENAPIS AIR COWAY YANG TERBARU DI PASARAN.

Pernah dengar Coway Metro...?
Core menggantikan Metro yang juga mempunyai kapasiti simpanan air minum yang BESAR.


Tiada masalah lagi untuk uruskan air minum sekeluarga.

Situasi normal:

Pagi-pagi si ibu nak kena masak air untuk minuman panas keluarga.

Air yang dah masak dan tak panas pula perlu diisi dan di simpan dalam botol-botol 

Dalam banyak-banyak botol yang ada... kena pulak masukkan sikit dalam peti ais untuk minuman sejuk.

Hmm... masing-masing harap ibu yang buat semua kerja-kerja itu...?

Oh nooo..jangan macam gitu..
Kesian si Ibu..

Ibu pun berkerjaya lagi ..nak urus umah lagi.

Jadi adik bradik yang ramai duk saling mengharap si kakak..si abang buat secara rotate ..kerja-kerja urus air minumtadi..

Hmm...kadang terlupa..kadang buat-buat lupa..oh noo.. eh tak laaaa... LUPA..

Hehe..last-last si ibu juge yang cover & urus air minum whole family.


Haissshh... apa solution???
Spend sikit ..hanya RM 140 sebulan ..semua urusan air minum dah tersedia.
Maid dari Korea yang jadi pembantu setia!!!

Apa salahnya kan.... lagipun harga RM 140 sebulan tu..dah termasuk pakej servis dan maintainance serta FULL WARANTY tauuu..yang 100% di uruskan oleh Coway Malaysia.

Kesian kat Ibu, Mama, Mami, Ma, Emak.... korang????

Cepat-cepat hubungi kami..

Che Lias ---> 010.7609242
atau 
Sarena ---> 014.9212521


Kami sedia membantu anda selesaikan masalah mengurus air minum di rumah anda..!!!

Smile..!!    :)


Coway Core

Wednesday, May 27, 2015

1500 UNIT ORDER UNTUK 1 HARI???

Assalamualaikum, Salam dan Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Selamat petang buat pengunjung blog Pusat Khidmat Coway.

Untuk entry kali ini, saya Sarena dan Elias selaku admin blog nak kongsi satu rekod pecah rekod semenjak kami bersama Coway (M) Sdn Bhd sebagai ejen sah coway untuk penapis air dan udara Coway seluruh Malaysia.

Apa yang kami nak kongsi adalah jumlah order yang Coway terima pada hari Isnin, 25 May 2015 yang lalu. Hari tersebut adalah hari penutup (closing) untuk kami amik dan proceed order para pelanggan Coway seluruh Malaysia.

Apa yang menarik tertariknya pada hari tersebut...????

Pada hari tersebut...coway telah menerima order baru sebanyak 1500 unit dari seluruh cawangan seluruh Malaysia... 

1500 ???

Untuk satu hari...????

Alllamakkk...Coway jual blouse ker jual apa ni.. ramai yang claim kata penapis air coway mahal... Ramai juga yang kata penapis udara coway tak berbaloi untuk miliki.


Seriauuu bulu rome ambo..tengok angka tu... 1500 tu.. penapis air dan udara coway pulak tu...huhuhu..
Jual blouse pun kadang payah nak hit angka begini untuk 1 hari..
So boleh agak kan..kenapa rakyat Malaysia memilih Coway untuk sistem tapisan air dan udara Coway baik di rumah atau di pejabat atau di premis-premis perniagaan

Kalau 1 hari dah 1500, agak-agak sebulan berapa erk..???

Kalian perasan tak..lately, kerap masuk dalam drama-drama kat TV..kalau bukan hat dalam ward..sure kat dapur rumah ada skali..

Rasa bangga tak..produk yang kita sharing..mendapat tempat di hari rakyat Malaysia.

BESTNYA BESTNYA BESTNYA COWAY.............................

Ada yang tak percaya..?

Boleh hubungi talian general coway di 03-2059 0000. Atau boleh hubungi kami yang sentiasa bersedia membantu cik cik..tuan-tuan, puan-puan.

Sarena 014.9212521
Elias 010.7609242

Thursday, May 1, 2014

TIPS MEMILIH PENAPIS AIR YANG BAGUS

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Entri kali saya nak bincangkan tip-tip dalam pemilihan penapis air di rumah. Pada pendapat peribadi saya, berikut adalah tips yang perlu dipertimbangkan dalam memilih penapis air yang bagus untuk air minuman serta penapis luar rumah di rumah kita.

TIPS MEMILIH PENAPIS AIR UNTUK AIR MINUMAN 

1. Alat penapis air di sahkan halal dan mendapat pengiktirafan kualiti produk daripada badan-badan tempatan & luar negara.

2. Berkebolehan menapis bahan-bahan tercemar yang terkandung dalam air paip yang disalurkan ke rumah kita seperti karat, klorin serta logam-logam halus (plumbum, merkuri dan lain-lain)

3. Kualiti air yang bersih dan tulen serta rasa air hasil tapisan hendaklah sedap rasa untuk diminum.

4. Disertakan dengan 3 jenis suhu air untuk memudahkan serta menjimatkan.

5. Disusuli dengan servis, jaminan penuh dan "product check-up" secara percuma / dengan kos yang berpatutan.

6. Penghantaran & pemasangan/pemasangan semula secara percuma.


TIPS MEMILIH PENAPIS AIR UNTUK KEGUNAAN SELURUH RUMAH (OUTDOOR FILTER)

1. Alat penapis air di sahkan halal dan mendapat pengiktirafan kualiti produk daripada badan-badan tempatan & luar negara.

2. Berkebolehan menapis bahan-bahan tercemar yang terkandung dalam air paip yang disalurkan ke rumah kita seperti karat, lumut, pasir, tanah serta sebarang partikel kasar.

3. Kualiti air yang baik dan bersih untuk kegunaan seluruh rumah.

4. Disusuli dengan servis, jaminan penuh dan "product check-up" secara percuma / dengan kos yang berpatutan.

5. Penghantaran & pemasangan/pemasangan semula secara percuma.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sedikit perkongsian kepentingan memasang alat penapis air pada masa kini berbanding dahulu menurut laman web my Health for life di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. (www.myhealth.gov.my)

Apakah jenis-jenis alat penapis air di rumah?
Sistem rawatan air di rumah adalah termasuk pelembut air dan penapis air. Ia terbahagi kepada dua kategori asas iaitu : punca tempat air masuk dan punca tempat air diguna. Sistem rawatan air di rumah kategori punca tempat air masuk akan merawat semua air yang disalur masuk dan yang digunakan di rumah.
Manakala sistem rawatan air kategori punca tempat air diguna akan merawat sebahagian air daripada sistem pengaliran air rumah seperti penapis air yang selalunya hanya menggunakan satu kepala paip. Air ini biasanya hanya digunakan untuk minuman dan masakan. Di antara contoh sistem rawatan air kategori punca tempat air diguna adalah penapis air osmosis berbalik, penyulingan dan karbon teraktif.
Sejauh mana penggunaan alat penapis air di rumah begitu popular?
Kaji selidik Kualiti Air Pengguna Peringkat Kebangsaan Januari 1999 menunjukkan bahawa 38% orang dewasa dilaporkan menggunakan alat penapis air di rumah, iaitu peningkatan sebanyak sepuluh peratus sejak tahun 19951. Empat puluh tujuh peratus responden menyatakan bahawa mereka akan lebih berminat untuk membeli rumah yang telah dilengkapi oleh alat penapis air jika mereka berkeinginan untuk memiliki rumah baru.
Di Pahang, kajian di kalangan isi rumah menunjukkan bahawa hampir separuh daripada mereka mempunyai satu atau lebih alat penapis air di rumah masing-masing. Namun, 44% yang belum mengguna alat penapis air, bercadang untuk memilikinya2. Kajian yang dijalankan di Johor pula menunjukkan hampir sepertiga (34%) daripada anggota pergigian menggunakan alat penapis air di rumah, ter1 dari jenis penapis air yang menggunakan sistem karbon teraktif3.
Kenapa penggunaan alat penapis air di rumah menjadi pilihan?
Majoriti pengguna menggunakan alat penapis air bertujuan untuk menyingkirkan rasa payau pada air dan juga untuk menyahkan warna atau bendasing yang ada di dalam bekalan air awam. Kesimpulannya penggunaan alat penapis air di rumah adalah untuk manfaat kesihatan dan meningkatkan kualiti air tersebut3.
Apakah kesan penggunaan alat penapis air di rumah ke atas kesihatan mulut?
Di Malaysia, 76% penduduk kini telah menerima bekalan air awam berfluorida4. Fluorida yang terdapat di dalam air minuman merupakan satu kaedah yang paling berkesan, selamat dan kos efektif di dalam mencegah penyakit karies gigi (gigi rosak) di kalangan masyarakat.
Banyak kajian yang dijalankan telah membuktikan bahawa alat penapis air yang menggunakan sistem osmosis berbalik (reverse osmosis) atau sistem penyulingan akan memberi kesan dalam menurunkan atau menyingkirkan semua kandungan fluorida dan mineral-mineral lain di dalam air minuman3-6. Namun begitu, kebanyakan sistem penapis air dengan sistem karbon teraktif tidak memberi kesan ke atas kandungan fluorida di dalam bekalan air3, 7-10.
Oleh sebab itu, sekiranya kandungan fluorida di dalam bekalan air tidak mencapai paras optimum yang diperlukan, disebabkan oleh penggunaan sistem air penapis di rumah, ia tidak akan berupaya untuk mencegah kejadian karies (gigi rosak). Sekiranya ini berlaku, kita hendaklah mendapat nasihat dari doktor gigi sama ada kita memerlukan terapi fluorida tambahan atau lain-lain kaedah dalam mencegah kerosakan gigi.
Kata-kata nasihat
  • Pilihlah alat penapis air yang bersesuaian Semasa memilih alat penapis air, pastikan sistem yang digunakan oleh alat penapis air tersebut. Kita perlu tahu bahawa terdapat sistem penapis air di rumah yang boleh mengurangkan kesan fluorida dan mineral yang lain yang terkandung di dalam air minuman kita seperti sistem penapis air osmosis berbalik (reverse osmosis) dan penyulingan.
  • Gunalah alat penapis air dan air yang telah ditapis dengan betul Air yang telah ditapis oleh alat penapis air di rumah hendaklah dikendalikan sebagaimana makanan yang mudah rosak dan perlu disimpan di dalam peti sejuk. Air ini hendaklah diminum dalam masa 24 jam. Arahan dari pihak pengeluar untuk alat penapis air hendaklah dipatuhi setiap masa11.