Showing posts with label Sarena Coway. Show all posts
Showing posts with label Sarena Coway. Show all posts

Tuesday, September 5, 2023

DAFTAR SEBAGAI COWAY HP (AGEN COWAY) SECARA PERCUMA DI BULAN SEPT 2023 SAHAJA!



Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Berita baik!!
Berita Baik!!

Sebelum ini nak daftar jadi Coway Health Planner (HP) atau dengan nama mudah agen Coway, bayaran sebanyak RM 120 akan dikenakan sebagai yuran pendaftaran. Dan sebelum ini ada ketikanya Coway buat promo dengan yuran daftar sebanyak RM 70 sahaja! 

Tapi bulan ini, September 2023 bersempena bulan penubuhan negara Malaysia, Coway payung yuran daftar sebagai Health Planner, iaitu bayaran PERCUMA, PERCUMA dan PERCUMA. Hanya untuk bulan ini sahaja.

Makanyaaaa, ini lah peluang untuk anda yang masih duk bertangguh nak mendaftar di sebabkan ada bayaran dikenakan, ini lah masanya untuk memulakan kerjaya anda sebagai Coway Health Planner untuk menjana income super masyuk bersama platform Coway.

Kenapa Coway platform yang berbeza dari platform-platform lain untuk menjana income best? Hayati betul-betul 6 point di bawah ini yaaaa;

1. Coway dah bertapak kukuh di Malaysia sejak tahun 2006 lagi. Dan pasukan kami CSTeam pula bermula setahun selepas itu iaitu pada tahun 2007. Hebat bukan? Bila mana kedua-duanya masih bertahan teguh sehingga ke hari ini.



2. Coway punyai product range yang menjadi keperluan asas dan kehendak tambahan untuk alatan elektrik baik di rumah mahupun di premis pejabat atau perniagaan. Bukan itu saja, Coway juga ada keluarkan produk tilam dengan skim bayaran secara sewa beli yang mampu milik dengan kualiti yang cukup hebat. Boleh layari laman web rasmi Coway untuk cuci mata rangkaian produk-produk Coway. Tak ada satu pun produk Coway yang tidak memberi manfaat kepada rakyat Malaysia.


3. Coway menawarkan struktur komisyen yang sangat lumayan. Pelbagai insentif dan bonus disediakan selain komisyen asas untuk agen Coway yang berjaya membuat jualan baik secara sepenuh masa mahupun secara sambilan. Selagi ada unit jualan walaupun satu unit, anda akan dibayar oleh Coway direct masuk ke dalam akaun bank anda. Menarik bukan?


4. Coway telah melahirkan begitu ramai usahawan yang berdaya saing dan mencapai pelbagai bentuk kejayaan terutamanya dalam membangunkan ekonomi hidup dan keluarga. Ramai sangat yang berubah kehidupan daripada kosong kepada "hero".


5. Coway & CSTeam menyediakan pelbagai bentuk latihan, sessi coaching, kelas pembelajaran secara personal dan berkumpulan untuk membantu sesiapa saja yang ingin menyertai kami walaupun dengan atau tanpa pengalaman dalam bidang jualan. So, tak perlu risau part cara nak berjualan atau cara nak melalui proses untuk berjaya okay!


6. Coway juga menawarkan laluan kerjaya yang sangat padu bila mana seorang agen yang bermula zero berpeluang untuk melangkah ke level manager bila-bila waktu yang anda bersedia untuk move forward. Pastinya masa depan yang lebih cerah dan gemilang sedang menanti kalian. Dengan syarat adanya kesungguhan dan sikap yang betul untuk menempa kejayaan luar biasa bersama platform Coway.



Jangan fikir terlalu lama untuk membuat keputusan. Decide - Commit - Focus - Success menanti untuk kalian.

Hubungi 0149212521 untuk membina kerjaya dan ubah kehidupan kalian bersama Coway CSTeam.





Sunday, August 12, 2018

KERJA UNTUK HIDUP VS HIDUP UNTUK KERJA

Mengimbau detik awal perkenalan dengan cik awe ambo, beliau seorang yang tiada kerja tetap. Jadi seorang cikgu ganti disamping jadi wireman yang duk repair-repair mesin basuh, kipas dan alatan elektrik lain. Cewahh kata kat cik awe, ambo pun bukannya ada pekerjaan tetap pun ketika itu. Hanya sebagai cikgu ganti jugak. Hehehe
Selepas kawen kami berhijrah ke Pulau Pinang untuk membina kehidupan baru dengan kerjaya baru. Cik Awe mohon kerja sebagai juruteknik di sebuah kilang, senang jer dapatnya dan saya ada menjawat jawatan operator pengeluaran kejap-kejap demi kelangsungan hidup. Kerap bertukar kilang ðŸ˜…
Masa terus berlalu, Cik Awe diterima mengikuti satu Kursus sebagai syarat utama untuk menjawat jawatan awam kerajaan, dan saya ada lah kerja main-main, kejap kerja kejap menganggur. Lagi demi kelangsungan hidup.
Masa berlalu terlalu pantas, Cik Awe diserapkan sebagai jawatan tetap di sebuah jabatan kerajaan dan rezeki memihak finally saya dapat kerja sebagai tutor di sebuah kolej swasta. Lega, dapat jugak merasa kerja yang boleh pakai ijazah masa belajar dulu-dulu.
Kemudiannya Cik Awe masih memegang jawatan sama namun dah mulakan bisness part time ketika itu. Saya pula telah beranikan diri untuk resign lagi dalam kerjaya yang saya kira agak secure asalnya untuk terjun ke bidang bisnes yang saya sendiri tiada pengalaman apa pun.
Jeng jeng jeng!
Masa pantas berlalu, bisness kami tak kekal lama namun apakan daya hidup perlu diteruskan. Sekali lagi beranikan diri mencoba suatu bidang baru yang saya amat gentar dan takut untuk bermula. Bulatkan hati tekadkan jiwa, tanam kepercayaan dalam diri, hati dan minda, inilah kerjaya untuk saya mengubah kehidupan saya bersama keluarga kecil saya bila melihatkan sudah ramai yang dah berjaya. Lagipun syarikat pun dah lama dan stabil kat Malaysia. Produk yang di bawa pun bermanfaat untuk masyarakat Malaysia. Income yang ditawarkan, ehemm ehhems ehhemms, saya suka! Bersama pula team yang begitu hebat dan champion No1 di Malaysia. Fuhhhh.
Tak lama kemudian, Cik Awe ikut jejak. Saya pula masih setia bersama syarikat itu. Bermula dengan cuba-cuba juga menjadi makin serius, finally Cik Awe memberanikan diri untuk bercuti tanpa gaji dan kemudiannya terus meletakkan jawatan sepenuhnya sebagai penjawat awam.
Kini kami berada di bawah bumbung majikan yang sama. Sungguh berbeza dari yang dulu-dulu bahawa kami kerja untuk hidup. Alhamdulillah kini kami memang punyai spirit yang aneh iaitu hidup untuk bekerja, tak jemu nak membantu insan-insan seperti kami untuk tidak gentar nak bermula demi sebuah kejayaan hidup.
Maafkan saya andai coretan ini ada mengguris hati sesiapa. Sungguh tak berniat. Sekadar berkongsi rasa.
Dan gambar ini di snap oleh anak kami, dah lupa sapa tah yang snap. Sweet kan..? Hahahhaa ðŸ˜€





CAREER OPPORTUNITY WITH COWAY CSTEAM ----> 0149212521 OR WHASAPP TERUS YA.

Saturday, October 15, 2016

PENAPIS AIR COWAY DENGAN HARGA JIMAT!

Bismillahirrahmaanirrahiim...

Alhamdulillah,
Saya kembali dengan entry yang memaparkan info yang berbaloi baloi untuk diberi perhatian oleh semua orang.
Mungkin ada yang dah alert akan promo Coway kali ni. Belum terlambat rasanya untuk saya war warkan pada semua orang tentang promosi best ini.

Haa.. Kalau dahulu... Ramai yang beranggapan produk penapis air mahal sangat.. Tak mampu nak miliki.. Harga .. Mesti lebih RM 100 sebulan untuk model yang provide 3 jenis suhu.

Kini Coway tampil dengan Promosi yang begitu hangat sedang diperkatakan.
Fuuuhhhh Penapis Air Coway model Neo, yang asalnya berharga RM 115 sebulan dengan skim sewa beli Coway... Kini hanya RM 95 sahaja sebulan dengan skim sewa beli Coway.
Uwaaa... Patutlah banyak sangat order masuk berpusu-pusu setiap bulan.
Oleh yang demikian.. Penapis Air Coway Neo ni menjadi rebutan kaw kaw.. Sejak akhir-akhir ni..

Namun... Stok yang ada sangat limited. Hanya 3000 unit sebulan !!!!
Dan promosi ni hanya sehingga bulan Disember 2016 sahaja. 
Normally.. Belum cukup 1 bulan... Stok model Neo akan cecah ke 3000 unit.

Buat sesape yang belum mengenali mana satu penapis air Coway model Neo... Nindiaaa.. Klik link di ats untuk lihat gambar penapis air Coway model Neo yang cun melecun nii.. Walaupun kecik... Design nya sangat menawan & dari aspek kualiti air tapisan... Dun worry ya.. Semua produk Coway adalah produk R & D. Dijamin selamat diminum oleh semua peringkat umur serta disahkan halal oleh JAKIM.


Lets bercoway dengan Kami 😀
Che Lias 0107609242
Sarena 0149212521



Saturday, May 24, 2014

KOLEKSI COWAY DI KABINET DAPUR KLIEN COWAY










Bukan sekadar indah mata memandang tetapi ada sesuatu yang lagi penting:


@@@ 
Hasil air tapisan bukan sahaja bersih tetapi tulen yang selamat diminum untuk semua peringkat umur.



@@@ 
Air melalui 6 peringkat penapisan sebelum disimpan dalam tangki kedap udara yang pastinya bebas serangga.



@@@ 
Plastik untuk tangki simpanan air adalah BPA Free. Kualiti terbaik daripada Coway



@@@ 
Di peringkat penapisan ke-4 (post karbon filter), di tambah coconut essence untuk memberi rasa kepada air. So tak der lah air Coway ni rasa payau even dia air jenis R/O. Sangat penting untuk mereka yang kurang gemar nak minum air KOSONG.



@@@ 
Air coway bukan sahaja bebas karat dan klorin tetapi juga bebas dari bahan logam (metal iron) yang ramai tak sedar ianya ada terkandung dalam sumber air paip kita.



@@@ 
Di dalam tangki air suhu bilik, diletakkan filter terakhir iaitu ceramic filter untuk mencegah pembiakan mikrob/bakteria yg suka pada air bertakung. So setiap kali servis, 2/3 bulan sekali...cody/ST akan kosongkan tank untuk dibersihkan dengan tisu khas daripada Heart Kit.



Ada tak pengunjung blog perlukan bantuan untuk produk Coway, jangan segan-segan untuk tanya saya yer..



SMS/WHATSAPP ----> 014.9212521 SARENA & ANYTIME!!   :)





KENAPA MAKIN RAMAI YANG MEMILIH COWAY

Assalamualaikum & salam sejahtera buat pengunjung blog findsarenaforcoway.blogspot.com

Alhamdulillah kini, sudah 8 bulan saya bersama Coway. Seperti yang pernah saya maklumkan saya merupakan pengguna penapis air coway sebelum saya sertai pasukan jualan Coway sebagai Health Planner Coway.

Apa yang saya nampak sepanjang bersama Coway.. MAKIN RAMAI YANG MEMILIH COWAY sebagai penapis air/udara untuk rumah/pejabat/premis perniagaan mereka di luar sana.

Dari hari ke hari, bulan ke bulan, order masuk tak pernah sunyi dari seluruh pusat jualan Coway di Malaysia. Jangan tak percaya kalau saya katakan..order baru untuk produk coway dah melebihi 5000 setiap bulan.

SANGAT MEMBERANGSANGKAN BUKAN..?

Bagi saya sendiri, bulan Mei 2014 ini juga suatu bulan yang agak busy untuk serve klien2 saya yang memerlukan informasi dan penjelasan tentang produk Coway berbanding bulan2 sebelumnya. Saya hanya berkongsi kebaikan serta kelebihan menggunakan Coway berdasarkan feedback dari mereka yang dah gunakan Coway di rumah melalui media sosial atas talian. Dan alhamdulillah, agak ramai yang tertarik dan mula engage untuk tahu lebih lanjut tentang Coway.

Antara klien baru saya bulan Mei yang saya rakamkan penghargaan melalui fotografi adalah seperti di bawah:




Ini adalah antara yang sempat saya snap photo. Banyak lagi yang tidak berkempatan nak snap foto disebabkan kekangan masa dan kadang terlupa..heheheh..syok sembang ngan klien sampai terlupa.

Walau apapun.. semua klien yang berurusan dengan saya begitu excited..teruja dan tak sabar nak pasang Coway kat rumah. Apa tak nya... Coway memang memudahkan dan menjimatkan!! 

Jika ada antara pengunjung blog yang masih ragu-ragu & samar akan fungsi dan kelebihan Coway..jom sembang santai tentang Coway ngan saya...saya sedia membantu kalian... 

Jangan lupa terus sms/whatsApp untuk more convenient ---->>> 014.0212521 Sarena tau!!!