Mengimbau detik awal perkenalan dengan cik awe ambo, beliau seorang yang tiada kerja tetap. Jadi seorang cikgu ganti disamping jadi wireman yang duk repair-repair mesin basuh, kipas dan alatan elektrik lain. Cewahh kata kat cik awe, ambo pun bukannya ada pekerjaan tetap pun ketika itu. Hanya sebagai cikgu ganti jugak. Hehehe
Selepas kawen kami berhijrah ke Pulau Pinang untuk membina kehidupan baru dengan kerjaya baru. Cik Awe mohon kerja sebagai juruteknik di sebuah kilang, senang jer dapatnya dan saya ada menjawat jawatan operator pengeluaran kejap-kejap demi kelangsungan hidup. Kerap bertukar kilang 😅
Masa terus berlalu, Cik Awe diterima mengikuti satu Kursus sebagai syarat utama untuk menjawat jawatan awam kerajaan, dan saya ada lah kerja main-main, kejap kerja kejap menganggur. Lagi demi kelangsungan hidup.
Masa berlalu terlalu pantas, Cik Awe diserapkan sebagai jawatan tetap di sebuah jabatan kerajaan dan rezeki memihak finally saya dapat kerja sebagai tutor di sebuah kolej swasta. Lega, dapat jugak merasa kerja yang boleh pakai ijazah masa belajar dulu-dulu.
Kemudiannya Cik Awe masih memegang jawatan sama namun dah mulakan bisness part time ketika itu. Saya pula telah beranikan diri untuk resign lagi dalam kerjaya yang saya kira agak secure asalnya untuk terjun ke bidang bisnes yang saya sendiri tiada pengalaman apa pun.
Jeng jeng jeng!
Masa pantas berlalu, bisness kami tak kekal lama namun apakan daya hidup perlu diteruskan. Sekali lagi beranikan diri mencoba suatu bidang baru yang saya amat gentar dan takut untuk bermula. Bulatkan hati tekadkan jiwa, tanam kepercayaan dalam diri, hati dan minda, inilah kerjaya untuk saya mengubah kehidupan saya bersama keluarga kecil saya bila melihatkan sudah ramai yang dah berjaya. Lagipun syarikat pun dah lama dan stabil kat Malaysia. Produk yang di bawa pun bermanfaat untuk masyarakat Malaysia. Income yang ditawarkan, ehemm ehhems ehhemms, saya suka! Bersama pula team yang begitu hebat dan champion No1 di Malaysia. Fuhhhh.
Tak lama kemudian, Cik Awe ikut jejak. Saya pula masih setia bersama syarikat itu. Bermula dengan cuba-cuba juga menjadi makin serius, finally Cik Awe memberanikan diri untuk bercuti tanpa gaji dan kemudiannya terus meletakkan jawatan sepenuhnya sebagai penjawat awam.
Kini kami berada di bawah bumbung majikan yang sama. Sungguh berbeza dari yang dulu-dulu bahawa kami kerja untuk hidup. Alhamdulillah kini kami memang punyai spirit yang aneh iaitu hidup untuk bekerja, tak jemu nak membantu insan-insan seperti kami untuk tidak gentar nak bermula demi sebuah kejayaan hidup.
Maafkan saya andai coretan ini ada mengguris hati sesiapa. Sungguh tak berniat. Sekadar berkongsi rasa.
Dan gambar ini di snap oleh anak kami, dah lupa sapa tah yang snap. Sweet kan..? Hahahhaa 😀
CAREER OPPORTUNITY WITH COWAY CSTEAM ----> 0149212521 OR WHASAPP TERUS YA.
No comments:
Post a Comment