Monday, March 30, 2020

TANDA-TANDA TUBUH KEKURANGAN AIR (DEHIDRASI)



Kita mula berasa haus apabila tubuh kehilangan 1% daripada jumpah keseluruhan air. Ia dapat ditunjukkan dengan respon perubahan tubuh melalui tanda-tanda berikut:





Haus atau dahaga adalah tanda normal tubuh kita perlukan air. Cara terbaik ialah minum sebelum tekak rasa haus dan lebihkan minum air kosong. Ramai orang tersalah anggap bahawa bila kita rasa lapar, kita kena selalu makan. Kekurangan air dalam tubuh juga boleh menyebabkan rasa lapar terutamanya di antara waktu makan utama. Cara terbaik ialah sebelum kita mencapai makan, terlebih dahulu kita minum segelas air. Ini dapat membantu diet pemakanan kita dengan lebih baik.
Kekurangan air dalam badan juga akan menyebabkan air kencing bewarna gelap atau oren. Air kencing sepatutnya berwarna kuning terang hingga ke jernih jika kuantiti air mencukupi di dalam tubuh. Bila air kencing berubah warna kepada lebih gelap atau berbau kuat, itu tanda kita perlu minum lebih air.

Kulit adalah organ terbesar yang membaluti tubuh kita. Ia perlukan kelembapan untuk mengekalkan ciri-ciri dan fungsi utamanya. Selain kesan detoksifikasi, dehidrasi juga boleh menyebabkan kulit menjadi cepat kering, bersisik dan rasa gatal. Minum lebih air adalah cara terbaik untuk mncegahnya.
Cepat rasa letih dan lesu. Adakah air kosong membekalkan tenaga? Jawapannya tidak. Air kosong tidak mengandungi sebarang kalori bahkan tidak memberikan tenaga. Mengapa kita cepat letih jika tanpa air? Air kosong membantu meningkatkan fungsi tubuh ke tahap optimum seperti proses penukaran makanan kepada tenaga, proses pengangkutan nutrien, proses penyerapan nutrien dan pelbagai proses kawalseliaan fungsi tubuh termasuk hidrasi.



Hah, dah baca kan. Jangan lupa minum air kosong secukupnya okeyyhh. Air adalah asas sebuah kehidupan. Manusia masih boleh hidup tanpa makanan selama 3 minggu, namun jika tanpa minum air? Sharing is caring 😍



Dapatkan mesin penulen air minum yang lebih mudah, senang dan selamat daripada Coway dengan serendah RM 66 sebulan. Hubungi 0149212521 untuk ketahui promosi terkini daei Coway. 

Saturday, March 28, 2020

RUMAH BERBAU HAPAK, HILANGKAN DENGAN 3 LANGKAH MUDAH.


Pernahkah anda alami masalah rumah berbau hapak, kepam dan sangat kurang selesa? Jika ya, mungkin artikel ini sangat membantu anda diluar sana terutama para mama yang sibuk bekerja sepanjang minggu. Mana nak kejar dateline boss beri lagi, mana nak urus rumah lagi.


Rumahku syurgakuuuu.. gituuu!! Rumah merupakan tempat kita untuk kita berehat dan menikmati perihal kekeluargaan dalam hidup kita. Rumah juga tempat untuk kita berteduh terlindung daripada ancaman luar yang kurang selamat. Oleh yang demikian, sangat penting untuk kita menjaga keselesaan dan keharmonian rumah atau kediaman kita.


Kebersihan dan keselesaan sebuah rumah bergantung penuh komitmen dan tanggungjawab seluruh penghuni rumah. Sekiranya rumah kita sendiri tidak terjaga, kepada siapa lagi perlu kita harapkan. Lainlah jika kita sanggup belanjakan sebahagian amoun atau wang ringgit untuk hire bibik atau pembantu rumah.
Makanya tengahari ini, suka saya untuk kongsikan tengan pengunjung blog yang saya hormati sekalian untuk ketahu 3 langkah mudah untuk elakkan rumah dari bau hapak yang ketara. Boleh buat sakit kepala, balik kerja dan penat, rumah pula berbau hapak.

3 LANGKAH MUDAH HILANG BAU HAPAK & KEPAM DALAM RUMAH


Cari dan kenalpasti bau hapak & kepam yang ketara dalam rumah. Contohnya adalah tuala, selimut, comforter, kain balut kusyen, langsir dan seumpamanya. Barang-barang fabrik seperti ini biasanya boleh jadi penyumbang utama kepada bau hapak dan kepam. Sekiranya telah dijumpai, lekas asingkan untuk dicuci dengan bersih.

This image has an empty alt attribute; its file name is renamohdblogging202.png
Double check semua bakul sampai yang ada dalam rumah. Kebiasaanya penghuni rumah suka dan akan letakkan bakul sampah di sekitar ruangan dapur, ruang tamu, setiap bilik dalam rumah, dalam bilik air dan sebagainya.

Sebagai ketua keluarga rumah, sangat menjadi kewajipan untuk bertanggungjawab menjaga keselesaan dan kebersihan rumah. Oleh yang demilian, saya sangat sangat sarankan untuk tuan rumah pertimbangkan memasang sebuah mesin penulen udara di rumah. Pada peringkat awal, kebiasaan tuan rumah normally belum nampak dengan jelas keperluan sebuah mesin penulen udara. Namun bila dah pasang satu, boleh rasai perbezaan terutama part pengudaraan dan kesegaran dalam rumah. Penghuni rumah yang ada bela haiwan peliharaan sangat-sangat di sarankan untuk pasang mesin penulen udara.

Udara bersih
Semoga 3 langkah mudah ini dapat membantu semua orang untuk diimplemen dengan sebaiknya.
Sebelum akak akhiri perkongsian kali ini, mari akak kongsi sesuatu mana nak tau kot ada yang memerlukan. Penapis udara Coway kini dengan promosi best sempena Perintah Kawalan Pergerakan 2020 yang sedang berlangsung ini. Anda hanya perlu tempah order sekarang dan penghantaran akan dimaklumkan nanti. Akak kongsikan gambar penapis udara Coway yang begitu membantu memberi peredaran udara yang baik dan segar dalam rumah kita yang kerap bertutup itu. Hubungi 0149212521 untuk khidmat nasihat tentang perlunya penapis udara dalam rumah.

Harga promosi ini serta hadiah percuma HANYA untuk TEMPOH TERHAD sahaja seperti dalam gambar ini iaitu untuk tempahan bermula 27 Mac 2020 hingga 14 April 2020 SAHAJA



Terima kasih

Friday, March 6, 2020

CERITERA AGEN COWAY (MACAM MANA NAK JADI AGEN COWAY)

Bismillahirrahmaanirrahiim.
Terpanggil kak Rena untuk kongsikan dengan semua tentang sebuah syarikat yang menawarkan peluang kerjaya dalam bidang jualan buat mereka yang tak punya pengalaman sangat dalam bidang jualan. Haaa mesti hairan kan. Biasa kerjaya jualan nak kan individu yang berpengalaman. Hat ni tak perlu sangat. Tak ada pengalaman langsung pun tak mengapa.

Golongan Wanita ramai sangat kat platform macam kami ni haaa 😍

KENAPA?

Kerana syarikat pun tidak meletakkan apa-apa syarat khusus untuk pengambilan pasukan jualan di Malaysia. Syarat yang wajib ada hanyalah semestinya seorang individu itu mempunyai keazaman dan kemahuan yang kuat untuk mencapai matlamat hidup atau impian hidup atau apa sahaja yang dimahukan dalam perubahan lebih baik dalam hidup.

Hihi.. gambar lama encik awe Suami lepas ikut jejak nak bersama platform Coway.

3 syarat utama yang lain adalah mesti sanggup untuk belajar benda baru, sanggup di ajar dan sanggup ditegur. Anda sanggup? Sekiranya anda sanggup, lekas-lekas hubungi kak Rena di talian 0149212521. Kak Rena dan pasukan sudi nak guide sampai jadi berdasarkan komitment yang boleh kalian berikan dalam nak mencapai matlamat hidup kalian.

KERJAYA SALES TANPA MODAL PRODUK

Haa, part ini yang paling kak Rena suka sangat. Langsung tak keluar modal untuk produk. Bila tak perlu modal maka tak perlu juga seorang agen sah Coway untuk tidak langsung simpan stok-stok produk. Best kan??? 😍. Tak perlu lagi risau stok tak habis, stok tamat tempoh luput dan stok ada defect.

Kelebihan kenapa perlu pilih jenama Coway untuk penapis air dan udara.

Konsep kerjaya sales bersama platform Coway adalah semacam kita kerja dengan Syarikat Coway (M) Sdn Bhd sebagai samada Full Time atau Part Time. Honestly kak Rena cakap, nak impak maksima fokus terus untuk jadi Full Time Agen yang mana nama formalnya adalah Neo Pro Health Planner. Waaahhh.. gituuuu 😍
Sebagai seorang Neo Pro HP, tersangat banyaklah benefit yang bakal di perolehi selain dua jenis komisyen wajib yang dibayar oleh Coway, direct masuk akaun bank seorang Agen Coway / HP Coway. Best dan masyuk sungguh kak Rena nak bagitau semua orang. Kalau tak best tak der lah kami masih kekal setia bersama Coway.

CSTeam pada tahun 2014 dalam acara tahunan syarikat Grand Conference. Tahun pertama buat kak Rena.

Memang tak dinafikan ada ramai juga yang kecundang di tengah jalan sebelum sempat mencapai matlamat hidup yang diimpikan. Kenapa ya?? Yess bagus soalan ni. Penerimaan, keyakinan, komitmen serta ketahanan mental dan fizilal dalam mengharungi cabaran dunia sales tak sama.

Gambar kenangan tahun 2014 ketika awal-awal bersama Coway

Yang punyai impian besar, kuat dan tinggi kebiasaannya akan cukup kental dalam apa jua keadaan sekalipun. Yang tak kuat akan serender dalam keadaan yang kadang-kadang tu belum sempat buat apa-apa pun. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚.
Hihihi tak pa lah, dah mereka dah tak mahu. Nak kata apa kan. Hehehe. Yang mahukan akan terus bertahan dan bertahan sehingga mencapai beberapa fasa kejayaan kecil sebelum mencapai kejayaan-kejayaan yang lebih besar dan besar sangat!

MACAM MANA NAK BUAT NI??

Pelbagai kaedah & cara boleh digunapakai untuk mendapat sales / jualan bulanan. Hat ni jangan duk risau terlebih kerana kepandaian dan ketereran tak berlaku dalam sekelip mata atau dalam tempoh singkat. Semuanya perlu lalui proses yang semua orang yang dah berjaya telah pun melaluinya. Decide —>> Commit to Process —>> Success 😍


Yang penting, apply on job training terus instead of tunggu terer belajar ilmu macam-macam dulu baru nak mula buat. No no no!! Kita dah ada banyak contoh, yang nak belajar sampai terer sampai pandai, normallynya tak boleh pergi jauh untuk capai result yang boleh membawa pada pencapaian dan kejayaan. Ini kisah benar tauu.
Jadi, sekiranya anda sukakan cabaran baru kerjaya sales bersama platform Coway, lekas hubungi kak Rena di 0149212521. Tak perlu fikir banyak boleh kah aku? Nak buat macam mana, aku tak pandai cakap, tak reti nak menjual laa.. semua ini SMALL MATTERS sahaja bila kalian ada impian dan matlamat hidup yang sangat besar, kuat, gagah dan tinggi!

Barisan pengurus pasukan jualan dalam pasukan besar kami. Semuanya bermula dari bawah iaitu sebagai agen Coway.

Ini cerita benar, tak bohong-bohong noh! Tak baik bohong. Kak Rena sendiri telah menjadi saksi dengan kepala mata kak Rena sendiri telah banyak kejayaan tercipta bersama Platform Coway. Telah ramai yang berubah kehidupannya 360 darjah dari keadaan sebelum bersama platform Coway,
Tambahan juga, kak Rena berada dalam sebuah team yang champion antara 13 team besar di Coway Malaysia. Fuhhh. Ini pun kisah besar ya😍. Tak tipu langsung. Beruntung kalian buka peluang pada diri sendiri untuk bersama kami di Coway CSTeam yang nak masuk tahun keempat sebagai pasukan juara sejak tahun 2016 yang lalu.


TETAPKAN MATLAMAT HIDUP & TEKAD BUAT KEPUTUSAN

Semoga penulisan kak Rena kali ini menjadi titik mula perubahan besar dalam hidup kalian. Jom kita buat sama-sama, kerjasama dalam satu pasukan demi impian dan hasrat murni dalam hidup kita. Jangan di tanya susah ker tak, namun sentiasa berdoa untuk dikuatkan jiwa raga perasaan hati nurani sebagai bekal perjuangan.


Tak pandai lah ilmu produk Coway?? Jangan risau, slowly belajar sambil buat. Kita bawa produk Coway yang sah sah dapat memberi manfaat kepada masyarakat yang mementingkan kesihatan asas hidup (basic life) yang berkait dengan air dan udara. Sesiapa pun minum air dan sedut udara kan? Haaa, boleh nampak besarnya market buat kita. πŸ’ͺ🏻πŸ’ͺ🏻πŸ’ͺ🏻Dengan ini Kak Rena @ fb Sarena Mohamad membantu kalian yang berkehendak diluar sana dengan segala ilmu, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman selama hampir 6 tahun di platform jualan Coway. Kak Rena juga boleh dihubungi di 0149212521 . Terima kasih.
Sekian Wassalam.

Bersama platform Coway, ku kutip bintang-bintang bergemerlapan 😘