Saturday, May 24, 2014

KOLEKSI COWAY DI KABINET DAPUR KLIEN COWAY










Bukan sekadar indah mata memandang tetapi ada sesuatu yang lagi penting:


@@@ 
Hasil air tapisan bukan sahaja bersih tetapi tulen yang selamat diminum untuk semua peringkat umur.



@@@ 
Air melalui 6 peringkat penapisan sebelum disimpan dalam tangki kedap udara yang pastinya bebas serangga.



@@@ 
Plastik untuk tangki simpanan air adalah BPA Free. Kualiti terbaik daripada Coway



@@@ 
Di peringkat penapisan ke-4 (post karbon filter), di tambah coconut essence untuk memberi rasa kepada air. So tak der lah air Coway ni rasa payau even dia air jenis R/O. Sangat penting untuk mereka yang kurang gemar nak minum air KOSONG.



@@@ 
Air coway bukan sahaja bebas karat dan klorin tetapi juga bebas dari bahan logam (metal iron) yang ramai tak sedar ianya ada terkandung dalam sumber air paip kita.



@@@ 
Di dalam tangki air suhu bilik, diletakkan filter terakhir iaitu ceramic filter untuk mencegah pembiakan mikrob/bakteria yg suka pada air bertakung. So setiap kali servis, 2/3 bulan sekali...cody/ST akan kosongkan tank untuk dibersihkan dengan tisu khas daripada Heart Kit.



Ada tak pengunjung blog perlukan bantuan untuk produk Coway, jangan segan-segan untuk tanya saya yer..



SMS/WHATSAPP ----> 014.9212521 SARENA & ANYTIME!!   :)





KENAPA MAKIN RAMAI YANG MEMILIH COWAY

Assalamualaikum & salam sejahtera buat pengunjung blog findsarenaforcoway.blogspot.com

Alhamdulillah kini, sudah 8 bulan saya bersama Coway. Seperti yang pernah saya maklumkan saya merupakan pengguna penapis air coway sebelum saya sertai pasukan jualan Coway sebagai Health Planner Coway.

Apa yang saya nampak sepanjang bersama Coway.. MAKIN RAMAI YANG MEMILIH COWAY sebagai penapis air/udara untuk rumah/pejabat/premis perniagaan mereka di luar sana.

Dari hari ke hari, bulan ke bulan, order masuk tak pernah sunyi dari seluruh pusat jualan Coway di Malaysia. Jangan tak percaya kalau saya katakan..order baru untuk produk coway dah melebihi 5000 setiap bulan.

SANGAT MEMBERANGSANGKAN BUKAN..?

Bagi saya sendiri, bulan Mei 2014 ini juga suatu bulan yang agak busy untuk serve klien2 saya yang memerlukan informasi dan penjelasan tentang produk Coway berbanding bulan2 sebelumnya. Saya hanya berkongsi kebaikan serta kelebihan menggunakan Coway berdasarkan feedback dari mereka yang dah gunakan Coway di rumah melalui media sosial atas talian. Dan alhamdulillah, agak ramai yang tertarik dan mula engage untuk tahu lebih lanjut tentang Coway.

Antara klien baru saya bulan Mei yang saya rakamkan penghargaan melalui fotografi adalah seperti di bawah:




Ini adalah antara yang sempat saya snap photo. Banyak lagi yang tidak berkempatan nak snap foto disebabkan kekangan masa dan kadang terlupa..heheheh..syok sembang ngan klien sampai terlupa.

Walau apapun.. semua klien yang berurusan dengan saya begitu excited..teruja dan tak sabar nak pasang Coway kat rumah. Apa tak nya... Coway memang memudahkan dan menjimatkan!! 

Jika ada antara pengunjung blog yang masih ragu-ragu & samar akan fungsi dan kelebihan Coway..jom sembang santai tentang Coway ngan saya...saya sedia membantu kalian... 

Jangan lupa terus sms/whatsApp untuk more convenient ---->>> 014.0212521 Sarena tau!!!








Wednesday, May 7, 2014

ALL ABOUT JUICE THAT SO JUICY!!

Buah apa yang biasa kita buat jus atau kita pilih untuk order kat restoran untuk minuman jus??

Pasti kebiasaanya jus tembikai, jus oren (atau ada orang suka sgt panggil Fresh Orange..cewaah), jus karot susu, epal susu dan lain-lain lagi ikut citarasa masing-masing. Tahukah kalian, setiap gelas jus kadang berharga sampai belasan ringgit (normal price) tapi ikut tempat jugak. Jika restoran biasa, RM 2.50 dah dapat untuk satu gelas..tapi ais yang lebih..buah kurang.betul tak?? Macam satu outlet ni "Juice Works" yang berkonsepkan minuman jus segar. Walaupun harganya boleh tahan, kualiti dan keenakan buah memang dirasai..Ni salah satu contoh flyers untuk promosi bagi outlet ni..



Tahukah kita macam-macam buah lagi selain yang saya dah sebutkan kat atas tadi yang boleh kita buat jus minuman.. jom tengok gambar-gambar buah ni..bestnyer.. 



Hmm..bila dah jadi jus..macam ni lah rupa buah tu..pekat.. likat...dan lazat dengan khasiat yang ada dalam buah-buahan atau sayuran terpilih yang juga boleh dibuat jus 








Bagaimana nak pilih buah-buahan atau sayuran yang segar untuk dibuat jus minuman..??

Ini pendapat peribadi saya..jika ada cadangan atau penambahan..boleh kongsikan di ruangan komen yaa! :)

1. Perhatikan rupa paras buah/sayur yang kita rasa nak beli. Kalu rupa pun dah layu semacam..jangan ambil.

2. Tengok pada warna kulitnya. Buah yang segar mempunyai warna hakiki buah yang cukup menyerlah. Contoh tomato..mestilah warna merah. Carrot mesti lah warna jingga yang menarik. Begitu juga dengan yang lain-lain macam epal, oren dan sebagainya.

3. Sentuh buah-buahan berkulit tebal seperti tembikai, oren..nenas dan sebagainya. Bila sentuh..pastikan kita tidak picit bagi memastikan buah tersebut tidak mudah rosak. Jika tembikai, untuk pilih yang telah masak, pilih yang keras batangnya, bila diketuk sedikit bunyi macam berongga dan bila dilihat di bawahnya, warna agak kekuningan.

4. Boleh hidu jika secara fizikal certain buah nampak elok..tetapi dengan menghidu sedikit boleh pastikan buah itu betul2 segar dan berkualiti. 

Selamat memilih..!  


PERKENALKAN JUICE PRESSO DARIPADA COWAY UNTUK PENGGEMAR JUS!!

Khasiat buah-buahan dan sayuran memang sangat baik untuk sistem tubuh kita. Lagi best jika dapat nikmatinya sekerap yang boleh dalam seminggu. Nak asyik order jus kat restoran atau outlet franchise mcm Juice Works .. kopak jgk kan.. Apa kata untuk jimat, kita proses sendiri jus buah-buahan dan sayuran kita di rumah kita sendiri. Sambil santai-santai bersama family, pasti memberikan suasana yang cukup indah dan bererti. 

Antara koleksi gambar Juice Presso daripada coway. Kecil..comel, mudah dioperasikan, mudah dibersihkan, 100% tanpa hampas..tetapi zat dan vitamin daripada hampas tetap ada dalam jus..itu yang penting kan..

Ciri-ciri Juice Pressor Coway:
1. Max Extraction Rate
2. Low noise
3. Easy to use
4. Ultem Screw
5. Smart Extraction System
6. Slim design
7. Safety Lock System
8. DC Motor
9. BPA Free Plastic
10. Diswashable









BAGAIMANA NAK DAPATKAN JUS PRESSO INI??

HUBUNGI SAYA TERLEBIH DAHULU
014-9212521

ADA DISKAUN SANGAT ISTIMEWA UNTUK 500 EARLY BIRD CUSTOMER SEMPENA LAUNCHING JUICE PRESSO PADA 4 JUN 2014 NANTI.

CALL/SMS/WHATSAPP SEKARANG
UNTUK GRAB 30% DISKAUN TU..
014-921 2521

TERIMA KASIH :)


Thursday, May 1, 2014

TIPS MEMILIH PENAPIS AIR YANG BAGUS

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Entri kali saya nak bincangkan tip-tip dalam pemilihan penapis air di rumah. Pada pendapat peribadi saya, berikut adalah tips yang perlu dipertimbangkan dalam memilih penapis air yang bagus untuk air minuman serta penapis luar rumah di rumah kita.

TIPS MEMILIH PENAPIS AIR UNTUK AIR MINUMAN 

1. Alat penapis air di sahkan halal dan mendapat pengiktirafan kualiti produk daripada badan-badan tempatan & luar negara.

2. Berkebolehan menapis bahan-bahan tercemar yang terkandung dalam air paip yang disalurkan ke rumah kita seperti karat, klorin serta logam-logam halus (plumbum, merkuri dan lain-lain)

3. Kualiti air yang bersih dan tulen serta rasa air hasil tapisan hendaklah sedap rasa untuk diminum.

4. Disertakan dengan 3 jenis suhu air untuk memudahkan serta menjimatkan.

5. Disusuli dengan servis, jaminan penuh dan "product check-up" secara percuma / dengan kos yang berpatutan.

6. Penghantaran & pemasangan/pemasangan semula secara percuma.


TIPS MEMILIH PENAPIS AIR UNTUK KEGUNAAN SELURUH RUMAH (OUTDOOR FILTER)

1. Alat penapis air di sahkan halal dan mendapat pengiktirafan kualiti produk daripada badan-badan tempatan & luar negara.

2. Berkebolehan menapis bahan-bahan tercemar yang terkandung dalam air paip yang disalurkan ke rumah kita seperti karat, lumut, pasir, tanah serta sebarang partikel kasar.

3. Kualiti air yang baik dan bersih untuk kegunaan seluruh rumah.

4. Disusuli dengan servis, jaminan penuh dan "product check-up" secara percuma / dengan kos yang berpatutan.

5. Penghantaran & pemasangan/pemasangan semula secara percuma.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sedikit perkongsian kepentingan memasang alat penapis air pada masa kini berbanding dahulu menurut laman web my Health for life di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. (www.myhealth.gov.my)

Apakah jenis-jenis alat penapis air di rumah?
Sistem rawatan air di rumah adalah termasuk pelembut air dan penapis air. Ia terbahagi kepada dua kategori asas iaitu : punca tempat air masuk dan punca tempat air diguna. Sistem rawatan air di rumah kategori punca tempat air masuk akan merawat semua air yang disalur masuk dan yang digunakan di rumah.
Manakala sistem rawatan air kategori punca tempat air diguna akan merawat sebahagian air daripada sistem pengaliran air rumah seperti penapis air yang selalunya hanya menggunakan satu kepala paip. Air ini biasanya hanya digunakan untuk minuman dan masakan. Di antara contoh sistem rawatan air kategori punca tempat air diguna adalah penapis air osmosis berbalik, penyulingan dan karbon teraktif.
Sejauh mana penggunaan alat penapis air di rumah begitu popular?
Kaji selidik Kualiti Air Pengguna Peringkat Kebangsaan Januari 1999 menunjukkan bahawa 38% orang dewasa dilaporkan menggunakan alat penapis air di rumah, iaitu peningkatan sebanyak sepuluh peratus sejak tahun 19951. Empat puluh tujuh peratus responden menyatakan bahawa mereka akan lebih berminat untuk membeli rumah yang telah dilengkapi oleh alat penapis air jika mereka berkeinginan untuk memiliki rumah baru.
Di Pahang, kajian di kalangan isi rumah menunjukkan bahawa hampir separuh daripada mereka mempunyai satu atau lebih alat penapis air di rumah masing-masing. Namun, 44% yang belum mengguna alat penapis air, bercadang untuk memilikinya2. Kajian yang dijalankan di Johor pula menunjukkan hampir sepertiga (34%) daripada anggota pergigian menggunakan alat penapis air di rumah, ter1 dari jenis penapis air yang menggunakan sistem karbon teraktif3.
Kenapa penggunaan alat penapis air di rumah menjadi pilihan?
Majoriti pengguna menggunakan alat penapis air bertujuan untuk menyingkirkan rasa payau pada air dan juga untuk menyahkan warna atau bendasing yang ada di dalam bekalan air awam. Kesimpulannya penggunaan alat penapis air di rumah adalah untuk manfaat kesihatan dan meningkatkan kualiti air tersebut3.
Apakah kesan penggunaan alat penapis air di rumah ke atas kesihatan mulut?
Di Malaysia, 76% penduduk kini telah menerima bekalan air awam berfluorida4. Fluorida yang terdapat di dalam air minuman merupakan satu kaedah yang paling berkesan, selamat dan kos efektif di dalam mencegah penyakit karies gigi (gigi rosak) di kalangan masyarakat.
Banyak kajian yang dijalankan telah membuktikan bahawa alat penapis air yang menggunakan sistem osmosis berbalik (reverse osmosis) atau sistem penyulingan akan memberi kesan dalam menurunkan atau menyingkirkan semua kandungan fluorida dan mineral-mineral lain di dalam air minuman3-6. Namun begitu, kebanyakan sistem penapis air dengan sistem karbon teraktif tidak memberi kesan ke atas kandungan fluorida di dalam bekalan air3, 7-10.
Oleh sebab itu, sekiranya kandungan fluorida di dalam bekalan air tidak mencapai paras optimum yang diperlukan, disebabkan oleh penggunaan sistem air penapis di rumah, ia tidak akan berupaya untuk mencegah kejadian karies (gigi rosak). Sekiranya ini berlaku, kita hendaklah mendapat nasihat dari doktor gigi sama ada kita memerlukan terapi fluorida tambahan atau lain-lain kaedah dalam mencegah kerosakan gigi.
Kata-kata nasihat
  • Pilihlah alat penapis air yang bersesuaian Semasa memilih alat penapis air, pastikan sistem yang digunakan oleh alat penapis air tersebut. Kita perlu tahu bahawa terdapat sistem penapis air di rumah yang boleh mengurangkan kesan fluorida dan mineral yang lain yang terkandung di dalam air minuman kita seperti sistem penapis air osmosis berbalik (reverse osmosis) dan penyulingan.
  • Gunalah alat penapis air dan air yang telah ditapis dengan betul Air yang telah ditapis oleh alat penapis air di rumah hendaklah dikendalikan sebagaimana makanan yang mudah rosak dan perlu disimpan di dalam peti sejuk. Air ini hendaklah diminum dalam masa 24 jam. Arahan dari pihak pengeluar untuk alat penapis air hendaklah dipatuhi setiap masa11.