Semua orang punyai matlamat hidup. Matlamat hidup adalah sangat berkait rapat dengan impian hidup. Impian hidup bila kita mengimpikan sesuatu dalam hidup kita, namun belum lagi tercapai.
KENAPA IMPIAN BELUM TERCAPAI
Ada banyak faktor yang menyebabkan perkara atau sesuatu yang kita impikan tak kunjung tiba dalam hidup kita. Antara yang utama adalah mungkin kita belum bertemu dengan platform yang benar-benar boleh memberi pendapatan yang sepatutnya demi nak merealisasikan impian kita itu.
Haaa, cer cuba semak betul-betul. Adakah pekerjaan yang kita laksanakan sekarang memberikan hasil yang setimpal dengan usaha kita. Jika Ya, alhamdulillah. Pasti terlaksana impian kalian dan keluarga. Namun jika tidak? Kalian lah yang perlu ambil tahu 4 perkara yang akan kak Rena kongsikan ini.
Okay, jangan kusut-kusut π. Setiap permasalahan pasti ada penyelesaiannya.
FANTASTIC 4 YANG MERUNGKAI KEKUSUTAN
Masih ramai daripada kita masih duk bertanya-tanya, “saya dah buat macam-macam bisnes, dah jual macam-macam benda namun duk macam itu jugaklah kehidupan saya. Buat makan ada, nak lebih sikit, tak ada!”
Okay, jangan risau ya kawan-kawan, jemput hadam 4 perkara ini yang perlu kita pertimbangkan untuk memilih platform bisnes atau bidang jualan demi merealisasikan impian dalam hidup kita.
- Syarikat: Syarikat yang kita cuba nak berbisnes atau melakukan jualan itu, adakah sudah stabil atau kukuh bertapak di Malaysia. Kenapa Malaysia? Kita kan nak mencari rezeki di Malaysia. Bukan hanya kukuh di negara lain.
- Produk: Barisan produk yang ditawarkan adalah memberi manfaat dan kebaikan kepada masyarakat. Bukan yang memberi mudaray kepada orang ramai. Bagusnya produk, makin besar peluang nak buat jualan.
- Plan Pendapatan: Kebiasaannya, bila syarikat kukuh, plan pendapatan juga lumayan. Namun jangan terkejut ada juga segelintir syarikat yang menawarkan plan pendapatan yang tak setimpal dengan usaha dan jenis produk untuk jualan. Semak betul-betul.
- Pasukan Jualan: Perkara ini antara yang sangat penting dalam kita memilih platform yang betul untuk mencapai impian hidup kita. Walaupun syarikat, produk dan plan pendapatan dah best namun pasukan jualan tak best, segala usaha gigih akan tersangkut. Jadi pilih pasukan jualan yang akan memberi sokongan padu pada setiap effort yang kita curahkan.
SEMAK SEKALI LAGI
Bila dah kaji keempat-enpat perkara di atas, intai tengok juga sudah ramaikah yang dah berjaya di platform tersebut? Dah banyak buktikah berlaku “Life Changing” dari sudut kewangan dan impian hidup tercapai? Jika ya, jangan ragu-ragu lagi! Terus jalan ke depan tanpa toleh ke belakang. Jika tidak, intai-intai lagi peluang dan ruang yang perlu kita pertimbangkan.
Entry kak Rena kali ini dikhususkan untuk individu yang independence dalam hidup yang tak dapat elaun sara hidup dari mana-mana pihak. Yang memerlukan usaha gigih tahap dewa dari diri sendiri, bukan dari orang lain. Yang betul-betul mahukan perubahan dalam hidup.
Juga yang bukan dari keluarga ada ada yang mendapat sokongan kewangan dari PAMA (tak semua macam ni pun, kak Rena tau ramai yang rela usaha sendiri daripada mengharapkan bantuan mak ayah kanπ)
Bak kata salah sorang sifu kak Rena, kita nak tengok kehidupan kita berubah atau tidak, kita intai tengok kehidupan kita 5 tahun lalu. Sekiranya masih sama dengan sekarang, means kita perlu buat sesuatu dan dah perlu kena pilih platform yang betul untuk ikhtiar mencari pendapatan lebih demi mencapai sebuah impian yang kita impikan dalam hidup!
Akhir kata, there is no success without hardship. Man Jadda Waa Jadaa, sesiapa yang bersungguh, pasti dia akan mendapatkannya.