Friday, March 14, 2014

KRISIS AIR DAN UDARA KIAN MERUNCING!!!



Hari ini 14.3.14 semua sekolah di kawasan Klang diarahkan untuk tutup akibat jerebu yang teruk sejak dari semalam. Di kawasan tempat tinggal saya juga termasuk dalam kawasan yang di catu air yang mana bekalan air paip yang masuk 2 hari ada, 2 hari tak ada. So bila mana air paip tak ada, air simpanan tangki digunakan untuk urusan bilik air sahaja. Nak memasak pun kena jimat-jimatkan air. Makan pun terpaksa guna polisterin...huhu sedihkan... tapi apa nak buat.. kena terima jer bila musim kemarau teruk macam di tambah pulak dengan kehadiran jerebu yang mencatatkan kualiti udara yang sangat tidak sihat.

Selepas 2 hari tiada bekalan air paip terus, hari ni alhamdulillah ada balik. Tapi bila bukak jer pili..sangat terkejut melihat kualiti air paip pulak :)  ... nasib baik kat rumah saya gunakan mesin air minuman Coway yang sangat membantu dalam tempoh ketiadaan sumber air paip 2 hari lepas.

Yang syok nya..bila ada air paip, mesin air coway secara automatik akan refill (isi semula) air ke dalam tangki simpanan air selepas melalui 6 peringkat penapisan. Kali ini sempat saya buat ujikaji sendiri tanpa alat khas tp jelas dapat dilihat dengan mata kasar beza air yang direct keluar dari pili dengan air yang dah melalui sistem penapisan coway.



Untuk nampak lagi real saya gunakan gelas yang berbeza dan isikan 2 jenis air kemudian saya tukarkan gelas dan isikan 2 jenis air juga. Boleh nampakkan bezanya...? Warna air telah menunjukkan kualiti air tersebut..belum di uji apa kandungan yang ada dalam air keruh tu...





Berbalik kepada jerebu..sebenar bukan Klang sahaja yang dilanda jerebu...hampir semua kawasan di Lembah Klang turut mengalaminya.







Jika air kita minum...udara kita sedut..
Kedua-dua elemen ini masuk ke dalam tubuh kita 
setiap hari..setiap jam..
 Ia akan mempengaruhi organ penting dalam tubuh kita.
Sebab itu adalah sangat penting untuk kita jaga kualiti air yang kita minum dan kualiti udara yang kita sedut.

Bak kata pepatah
"Mencegah itu lebih baik dari merawat"
Organ dalaman kita tiada gantinya
Air sinonim dengan buah pinggang
Udara sinonim dengan paru-paru

Tepuk dada tanya hati
Perlu ker Perlu
Water Purifier & Air Purifier
?????


Saturday, March 8, 2014

PRAY FOR MH 370

SESUNGGUHNYA HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI.
KITA HANYA MAMPU MENDOAKAN YANG TERBAIK...

Credit untuk pemilik gambar2 di bawah.



Monday, March 3, 2014

DISKAUN 20% UNTUK SEMUA MODEL ALAT PENULEN UDARA COWAY



Promosi 20% kembali tetapi hanya untuk bulan MAC 2014 sahaja. Bila ada promo macam nie..banyak order masuk untuk Model Lombok II nie.. apa tak nya...ramai yang dah tahu kebaikan dan kepentingan Lombok II nie. Tambah-tambah pulak sekarang, jerebu mula melanda negara kita. 



JEREBU DATANG LAGI!!!





Hati-hati dengan Serangan Strok Haba / Heat Stroke

1 Mac 2014

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diminta berwaspada terhadap tanda-tanda awal 'heat stroke' atau 'strok haba' berikutan cuaca panas dan kering ketika in



Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu Bernama, definisi strok haba adalah paras SUHU BADAN MENINGKAT meningkat melebihi 40.5 darjah celcius. Suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 darjah celcius.



"Antara TANDA AWAL terkena strok haba ialah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi yang pantas.


"TANDA-TANDA LAIN ialah otot lemah dan kejang, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam," katanya.

Dr Noor Hisham berkata suhu tinggi juga mengundang KOMPLIKASI kepada SISTEM SARAF OTAK yang boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa kematian.

Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini menyatakan keadaan CUACA PANAS dan KERING melanda negara ketika ini agak TINGGI berbanding tempoh sama tahun lepas dan dijangka BERTERUSAN sehingga PERTENGAHAN MAC ini.

Dr Noor Hisham berkata PENDEDAHAN BERPANJANGAN kepada CUACA dan SUHU PANAS disamping KURANG MINUM AIR dan DEHIDRASI BADAN antara PUNCA boleh menyebabkan strok haba.

Oleh itu beliau menyarankan beberapa langkah segera untuk diambil sekiranya ada individu terkena strok haba iaitu menempatkan pesakit di tempat teduh dan berhawa dingin.

"Haba tinggi boleh dikurangkan jika individu itu ditempatkan di bawah kipas dan mengelap anggota badan menggunakan tuala basah.

"Pesakit juga mungkin boleh berendam di dalam kolam air untuk menurunkan tekanan haba dan menyejukkan badan," katanya.

Dr Noor Hisham turut meminta orang ramai mengelakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas serta MINUM AIR dalam kuantiti banyak atau sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari. - Bernama