Saturday, December 16, 2017

BAGAIMANA CARA NAK PASANG PRODUK COWAY?

Assalamualaikum,
Terima kasih buat pengunjung setia blog PUSAT KHIDMAT COWAY.

Entry kali ni, saya ingin kongsikan CARA MUDAH untuk nak pasang produk Coway di Seluruh Malaysia.

Akan tetapi sebelum itu, semua dah tahukan berkenaan pengiktarafan yang baru saja Coway dapat iaitu Halal Brand Award.

Tahniah! Coway Malaysia dianugerahi “Sistem Penapisan Air Halal Terbaik” dibawah Jenama Warisan yang diadili oleh wakil JAKIM, HDC, MITI dan MATRADE! Hanya untuk jenama yang melebihi 25 tahun di Asia! 

Halal Inside-Out! Coway Malaysia is awarded the Best Halal Water Filtration System for Heritage Brands segment (exclusively for brands above 25 years) which judged by representatives from JAKIM, HDC, MITI and MATRADE!

3 CARA MUDAH NAK PASANG PRODUK COWAY.

1. Pastikan anda menghubungi ejen sah Coway seluruh Malaysia.
Klik sini, mungkin mereka ini boleh membantu tuan puan untuk tempah unit produk Coway ---> EJEN SAH COWAY YANG KOMITED

2. Untuk mempercepatkan proses, sediakan maklumat seperti berikut dengan lengkap:
      Nama, alamat pemasangan, no telefon pertama & kedua, model produk           yang dikehendaki. Selebihnya ejen kami akan guide sehabis baik.

3. Dokumen yang diperlukan adalah semudah ABC iaitu, salinan IC depan belakang dan salinan hadapan kad debit.

Mudahkan?
Yang penting tuan puan hubungi EJEN SAH COWAY YANG KOMITED team kami ini yang sedia membantu tuan puan.

atau bleh juga terus sms atau whatsapp ke 0149212521



Friday, December 8, 2017

PROMOSI COWAY YURAN ZERO (HANYA BULAN JAN 2018 SAHAJA!!)

APA???

YURAN DAFTAR ZERO??

SEBELUM INI RM 200 PER UNIT KAN ???

SEKARANG KOSONG????


PRODUK APA YANG TERLIBAT DENGAN PROMOSI YURAN DAFTAR RM 0.00 INI?







0149212521 call atau whatsapp sini


0107609242 call atau whatsapp sini





0149212521 call atau whatsapp sini
0107609242 call atau whatsapp sini



TRIP KE HONG KONG 2017

Alhamdulillah tahun 2017 sempat bawak anak-anak pergi trip ke Hong Kong pada 15-19 November 2017. Masa ni belum bermula cuti sekolah pun, tapi exam semua dah selesai.Main objective nak ke Disneyland jer so yang lain-lain plan nak redah selambaer gitu jer.

ITENERY ASAL YANG DIRANCANG!!

15 Nov: Tiba di Hong Kong, check in hotel, makan menu Brahim & rehat
16 Nov: Disneyland Resort 
18 Nov: Masuk Macao jalan dan terus balik semula hotel
17 Nov: Jalan-jalan shenzen
19 Nov: Jalan-jalan sekitar Pulau Kowloon (Muzium. Arene of Stars dan lain-lain)

Apapun, kita hanya merancang. Dia yang menentukan segalanya.

ITENERY, PENGALAMAN & CABARAN TRIP SEPANJANG BERADA DI HONG KONG (REAL THING HAPPEN)

15 Nov; Tiba di airport Hong Kong
Stay kat airport ja memandangkan ada problem ngan hotel yang di booking 
(Part ni agak suspen, nanti saya share kan link blog kisah kat sini)

16 Nov; Masuk ke Macao menggunakan khidmat feri laju sebab dah booking on the spot malam tu hotel kat Macao. Jalan-jalan sekitar bandar Macao. Petang tu sempat ke Ruins Of ST Pauls iaitu peninggalan gereja lama yang mengalami kebakaran besar sebanyak 3 kali pada zaman Portugis dulu-dulu. Bangunan ni pertama kali di bina pada tahu 1580, fuhh lama benor ni dan lepas 15 tahun ia terbakar dengan hebat kali pertama. Untuk sekarang ini, hanya bahagian depan saja yang berdiri teguh dan ukiran-ukiran baru masih elok rupanya. 
Masa di Macao, kami stay kat Hou Kong Hotel. Tak besar mana tapi boleh la untuk kami rehatkan diri 1 malam di Macao.

17 Nov; Balik semula ke Hong Kong dengan pengangkutan sama iaitu feri laju namun berlainan terminal. Kisahnya tak pasti nak naik bas apa, so main naik saja bila pemandu bas kata ok pergi ferry terminal. Ok jugak sebab terminal waktu nak balik ke Hong Kong ni terletak di Pulau kecil yang lain (pening..tp follow & redha jer) Masa naik bas tu macam pelik sebab lama sangat nak sampai. Sebelum tiba di terminal, bas ini melalui tempat-tempat tarikan pelancong Macao yang lain seperti City of Dreams, The Venetian dan lain-lain. Sah! Kami tak sempat singgah memandangkan kesuntukan masa. So pandang dari bas saja. Tiba kembali di Hong Kong, asalnya nak ke Masjid Ammar untuk nikmati hidangan makan tengahari kat sana tapi bertemu dengan geng kakak dari Indonesia (Bandung) yang nak ke Shenzen. Mereka bertiga semuanya dbaru touch down kat Macao Airport. Eh kebetulan pula kami pun nak ke sana sebab dah booking 2 malam hotel kat sana. Jadi tangguhkan Masjid Ammar dan telus cari route ke Shenzen. 
Setiba di sempadan Shenzen menaiki sistem MTR yang sungguh mudah tinggal nak spend duit saja. Tetiba kami tukar plan memandang ada masalah dan sebab-sebab tertentu tak boleh nak masuk sana. Sib baik sempat cancelkan booking hotel tu tanpa caj. Persoalannya kat mana nak tido malam ni??? 
Kali ni kami sepakat ramai-ramai untuk carik hotel sampai jumpa. Takes time jugak memandangkan hampir semua FULL baik kat booking.com atau Agoda atau Air BNB. Finally kakak sahabat baru kami dari Bandung tu dapat 1 hotel di Mui Wo "Silverview Hotel" melalui booking.com. Mereka ajak kami sekali sebab kesiankan kami (part ni syahdu lagi). Thank you sebab kami tak dapat jumpa pun even 1 bilik hotel yang kosong. Ada tapi harga melampau mahal.

Alhamdulillah dimudahkan cerita, kami check in hotel berdekatan hotel mereka iaitu Silvermine Beach Resort Hotel secara walk in. Fuhh nasib ada kosong!! Syukur sangat. Dah la waktu nak sampai ke sini, macam cabaran dan dugaan yang kami lalui dengan internet roaming ON OFF nya. Apapun nasib baikla kami follow jugak kakak-kakak Bandung tu, kalau tak memang tak tau nak jumpa hotel mana lagi. Last minit nak booking, memang FULL jaa..ikut nasib jer kalau jumpa pun. Saya terus book 2 malam tak mo susahkan diri carik hotel lain lagi sebab ini 2 malam terakhir kami dah. Harga bilik 1 malam dalam RM 550, ok la kan. Bilik pun besar dan selesa sangat. Tebal karpet dia, tilam pun empuk dengan 2 katil bersaiz queen dan berdepan ngan pantai semacam teluk yang damai mata memandang gitu.

18 Nov; Finally dapat berkunjung ke Disneyland Resort. Fuhh hari ke 4 baru sampai sini. Anak-anak semacam WOW sangat-sangat. Tak berhenti cakap thank you sebab bawak sini. Masuk pagi keluar sampai ke sesi fireworks (acara bunga api penutup untuk hari tersebut). Balik hotel dah kompiden sebab dah tahu transport apa patut di ambil. Dah semacam kampung halaman pula Pekan MUI WO ni.


19 Nov; Hari last berada di Hong Kong! Alamak belum ke Masjid Ammar, so lepas check in hotel terus setkan misi nak carik jugak Masjid Ammar yang terletak di Pulau Hong Kong. Macam sebelumnya, explorace bincang dan cari route untuk ke Masjid Ammar. Alhamdulillah tiba dengan jayanya. Lepas makan makanan menu Halal Chinese Style yang lazat itu, sempat bersolat Zuhur di Masjid Ammar. Setel semua rushing ke airport untuk flight balik Malaysia.

Situasi dan perjalanan trip kami ni agak kelam kabut memang sebijik macam explorace. Alhamdulillah kami berjaya survive dan menemukan penyelesaian di setiap cabaran yang kami jumpa.

Banyak perkara saya, suami dan anak kami 3 orang belajar dari trip ini memandangkan ini trip bekpek kami yang pertama.


Gambar-gambar trip boleh lihat dulu di sini --->HongKongTripAlbum