Monday, March 30, 2020

TANDA-TANDA TUBUH KEKURANGAN AIR (DEHIDRASI)



Kita mula berasa haus apabila tubuh kehilangan 1% daripada jumpah keseluruhan air. Ia dapat ditunjukkan dengan respon perubahan tubuh melalui tanda-tanda berikut:





Haus atau dahaga adalah tanda normal tubuh kita perlukan air. Cara terbaik ialah minum sebelum tekak rasa haus dan lebihkan minum air kosong. Ramai orang tersalah anggap bahawa bila kita rasa lapar, kita kena selalu makan. Kekurangan air dalam tubuh juga boleh menyebabkan rasa lapar terutamanya di antara waktu makan utama. Cara terbaik ialah sebelum kita mencapai makan, terlebih dahulu kita minum segelas air. Ini dapat membantu diet pemakanan kita dengan lebih baik.
Kekurangan air dalam badan juga akan menyebabkan air kencing bewarna gelap atau oren. Air kencing sepatutnya berwarna kuning terang hingga ke jernih jika kuantiti air mencukupi di dalam tubuh. Bila air kencing berubah warna kepada lebih gelap atau berbau kuat, itu tanda kita perlu minum lebih air.

Kulit adalah organ terbesar yang membaluti tubuh kita. Ia perlukan kelembapan untuk mengekalkan ciri-ciri dan fungsi utamanya. Selain kesan detoksifikasi, dehidrasi juga boleh menyebabkan kulit menjadi cepat kering, bersisik dan rasa gatal. Minum lebih air adalah cara terbaik untuk mncegahnya.
Cepat rasa letih dan lesu. Adakah air kosong membekalkan tenaga? Jawapannya tidak. Air kosong tidak mengandungi sebarang kalori bahkan tidak memberikan tenaga. Mengapa kita cepat letih jika tanpa air? Air kosong membantu meningkatkan fungsi tubuh ke tahap optimum seperti proses penukaran makanan kepada tenaga, proses pengangkutan nutrien, proses penyerapan nutrien dan pelbagai proses kawalseliaan fungsi tubuh termasuk hidrasi.



Hah, dah baca kan. Jangan lupa minum air kosong secukupnya okeyyhh. Air adalah asas sebuah kehidupan. Manusia masih boleh hidup tanpa makanan selama 3 minggu, namun jika tanpa minum air? Sharing is caring 😍



Dapatkan mesin penulen air minum yang lebih mudah, senang dan selamat daripada Coway dengan serendah RM 66 sebulan. Hubungi 0149212521 untuk ketahui promosi terkini daei Coway. 

No comments:

Post a Comment