Showing posts with label kerja kosong. Show all posts
Showing posts with label kerja kosong. Show all posts

Friday, December 20, 2019

7 TABIAT UNTUK BERJAYA

Untuk mencapai sebuah kejayaan tidaklah susah mana sebenarnya. Namun untuk mengekalkannya adalah agak mencabar. Ramai yang boleh mencipta kejayaan dalam masa yang singkat, namun untuk konsisten berada dalam persekitaran kejayaan itu sangat sukar.

Ini kerana even dalam kehidupan pun ada pasang surut dan jatuh bangunnya. Apatah lagi dalam bidang yang kita ceburi. Jatuh bangun, sakit pedihnya nak mengekalkan sebuah kejayaan itu bukan suatu perkara mudah.
Malam ini kak Rena kongsikan 7 tabiat yang membolehkan seseorang dapat konsisten dalam sesuatu bidang yang diceburi demi mencapai kejayaan dan dapat mengekalkan kejayaan itu. Bunyinya seolah mustahil terutama buat seseorang yang suka “lompat bidang”.


  1. Belajar untuk menguruskan masa dengan bijak dan sebaiknya serta tidak sekali-kali membazirkan masa dengan perkara yang tidak berfaedah.
  2. Terapkan rasa ingin tahu dan ada kemahuan yang kuat untuk perkemaskan ilmu, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang diceburi. Ini perlu disertakan dengan tindakan yang sewajarnya. Belajar sahaja tanpa tindakan tak aci tauuu 😀
  3. Mempraktikkan “self-discipline” kerana setiap motivasi dan etika kerja sangat bergantung akan hal disiplin ini. Tanpa benda ni, agak sukar nak menuju kejayaan sebenar.
  4. Selalu follow the flow yang sebenar dalam kerja dan kehidupan. Juga lengkapkan apa jua tugasan yang telah kita mulakan.
  5. The power of giving! Mengamalkan nilai nilai murni yang membawa kepada keharmonian dalam masyarakat. Sikap saling tolong menolong baik dari segi wang ringgit mahupun tenaga dan masa kepada yang memerlukan antaranya.
  6. Selalu buat perkara yang betul dalam apa jua keadaan, bukan buat perkara yang hanya kita rasakan betul. Integriti menjadi periority untuk segala hal.
  7. Bila berjanji, wajib ditepati. Perkara ini sangat penting untuk menjaga krebiliti kita sebagai seorang yang professional dan memegang pada kata-kata. Jangan sekali kali berkata perkara yang bohong dan tidak benar. Jangan juga berkata perkara yang tidak baik dan kesat. Apa yang terkeluar dari mulut kita melambangkan keperibadian diri kita.

Semoga perkongsian ini memberi sedikit sebanyak idea dan panduan untuk kita mengenali antara tabiat orang-orang yang telah mengecapi kejayaan dan masih mengekalkan status kejayaan itu dengan baik. In sya Allah mudah mudahan, dengan usaha berterusan dan istiqomah dalam apa yang diikhtiarkan, kejayaan itu milik kita di dunia dan akhirat. Ameen.


Sunday, October 22, 2017

JADI EJEN SAH COWAY DAPAT MILIKI RUMAH IDAMAN

Bismillah
Cerita petang ikhlas dikongsikan buat semua sahabat-sahabat pengunjung blog Pusat Khidmat Coway.

Siapa ada tengok post saya bertarikh 23 September 2017 di facebook personal saya Sarena Mohamad Saya ada kongsikan secara ringkas dalam 1 post saya telah fly balik kampung 1 hari jer semata-mata urusan nak tinjau satu rumah yang menarik hati untuk jadikan hak milik. Balik awal pagi 23 september dan kembali ke KL pada malam harinya dengan flight terakhir hari itu.

Inilah saya, bila saya inginkan sesuatu saya akan cuba dapatkan. Ini pun disebabkan saya dah berada dalam platform yang saya sendiri dah letak kepercayaan penuh tempat saya mencari rezeki di ibu kota KL bila mana semua orang tahu kos hidup yang sangat tinggi pada masa ini.

Apa yang saya nak kongsi, awalnya memang berkenan sebab rumah ni atas tanah (landed). Dah lama teringin. Tak macam 2 buah rumah yang pernah saya test2 power untuk beli di KL iaitu rumah jenis pangsa. Rumah ini, walaupun hanya semi D mini (tidak besar sangat pun) lokasi rumah ni agak strategik iaitu berdekatan dengan UMK dan hanya beberapa kilometer sahaja daripada Tok Bali. Saya dimaklumkan oleh beberapa sumber bahawa Tok Bali akan mengalami pembangunan pesat sikit masa lagi. Lagi bersemangat saya nak proceed loan untuk rumah idaman ni.



Alhamdulillah pada suatu pagi itu, setelah melalui beberapa tapisan di bahagian pinjaman bank Kota Bharu, saya telah mendapat satu mesej ringkas dari pegawai bank mengatakan loan rumah ke-3 saya telah lulus. Baru bagitau lulus, banyak lagi proses-proses lain barangkali. Saya hanya follow the flow jer jer.
Kelu tak terkata, bergenang jugak kolam mata saya seolah tak percaya apa yang saya baca. Terima kasih pihak bank beri kepercayaan buat kami geng-geng jurujual penapis Coway buat pembelian aset-aset macam rumah ni.

Sungguh saya kongsikan ini bukan niat nak menunjuk nunjuk namun apa yang saya nak sampaikan adalah bila kita berada di platform yang best, ada usaha berterusan, doa dan tawakkal dalam apa jua keadaan, ketepikan ujian-ujian kecil yang melanda, semuanya tidak mustahil untuk miliki apa yang kita impikan.
Keluarga kecil saya


Adeh dehh, mata masuk habuk pula petang-petang ni. Sudikah kalau saya kongsikan bagaimana saya mendapat keberanian untuk melibatkan diri dalam dunia properti ni?
Andai ada permintaan akan saya kongsikan dalam post akan datang.

Sungguh saya hanya insan biasa. Bermula dari kosong, belajar dan terus belajar hingga ke tahap ini, pun saya masih duk belajar. Banyak lagi perkara yang perlu dimahirkan dalam bidang yang saya sendiri tak sangka saya boleh terjebak ke dalamnya.

Kiranya masa cikgu kelas darjah 1 tanya dulu-dulu, saya tak jawab pun cita-cita nak jadi jurujual penapis air. Namun aturan Dia yang terbaik buat hamba-hambaNya.

Allah tak akan mengubah nasih sesebuah kaum melainkan mereka sendiri yang mengubahnya. (self ~ reminder)
Wallahuallam.


Generasi muda tidak mampu untuk beli rumah?? Mungkin tidak untuk generasi muda yang berada di platform Coway. 0149212521 untuk penerangan ringkas.

Friday, July 15, 2016

JAWATAN KOSONG DI COWAY (M) SDN BHD



ANDA PUNYA IMPIAN SETINGGI GUNUNG?
NAMUN DI RASAKAN MUSTAHIL DENGAN KERJAYA ANDA SEKARANG??


JOM SERTAI KAMI DI COWAY BERSAMA TEAM NO 1 MALAYSIA CSTEAM !!!!

JAWATAN KOSONG SALES TEAM MANAGER DI COWAY (M) SDN BHD

[ 5 Kekosongan sahaja untuk Pengambilan Quarter Pertama Tahun 2018]

** KELEBIHAN / FAEDAH BAKAL DIPEROLEHI
-----------------------------------------------------------------------

1. Sambilan atau sepenuh masa
2. Masa bekerja yang fleksibel
3. Pendapatan mencecah 5 angka sebulan tanpa had
4. Latihan di sediakan
5. Pelbagai insentif menarik dan lumayan
6. Insentif trip pelancongan 2 kali setahun
7. Peluang kenaikan pangkat (career path)
8. Grand Annual Conference

** KRITERIA YANG DIPERLUKAN
---------------------------------------------------

1. Mempunyai ATTITUDE POSITIF, JUJUR dan AMANAH
2. Mempunyai keinginan yang KUAT untuk mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik
3. Kelayakan minimum SPM
4. Lelaki atau wanita berumur di antara 25 hingga 45 tahun
5. Business Minded & Independent
6. Boleh berkomunikasi dengan baik.
7. Berpengalaman dalam bidang jualan & pemasaran adalah satu kelebihan. 

JANGAN RISAU!!!
KAMI AKAN GUIDE SAMPAI JADI.
UNTUK RESPON PANTAS BOLEH TERUS WHATSAPP atau dial 0149212521.

JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA

BINA IMPIAN ANDA BERSAMA COWAY
HAPPY.HEALTHY.COWAY