Pages

Monday, February 24, 2020

INSENTIF TRIP PERCUMA BERSAMA COWAY


Bila kita bermula dengan suatu pekerjaan dalam sebuah syarikat, tentunya majikan ada menyediakan reward untuk para staff sebagai penghargaan prestasi kerja setelah hit certain KPI dalam bidang kerja masing-masing.
Cuma itulah, ikut pengalaman  kak Rena sendiri dulu, payah benar nak melayakkan diri untuk reward trip company sebelum-sebelum ini. Yer ler kak Rena pun bukan banyak pengalaman lompat lompat company pun. Ada lah satu dua tiga company pernah menyinggah.
Pernah satu ketika itu, kak Rena pernah bekerja di sebuah syarikat ini, majikan ada tawarkan peluang melancong ke luar negara. Namun syarat nak mendapatkan sangat sukar dan kemungkinan besar hanya golongan senior yang dah perform sahaja yang mampu layakkan diri.
Sama jugalah kami kat Coway ni haa. Ada saja reward yang company launch untuk seluruh organisasi di bawah sales department. Yang bestnya, peserta atau qualifiers tak semestinya geng senior lama-lama sahaja. Semua orang ada peluang nak dapat 😍. Tak percaya boleh pm kak Rena untuk kepastian.
Yang baru cecah 6 bulan pun dah ada peluang besar nak dapat reward paling kemuncak di Coway iaitu dapat join TRIP PERCUMA melancong ke luar negara. Fuhh sangat menarik! Sapa nak bagi tuuu. Tinggal nak usaha dengan bersungguh sampai dapat peluang tu.
Bermula dari sebagai agen (HP) sehinggalah kepada para managers, semua berpeluang tau. Tinggal nak melayakkan diri sahaja. Kak Rena pun dah lama jugak tak qualify trip Coway ni. Last qualify untuk trip balik kampung Korea tahun lepas. Sebelum-sebelum itu pun ada beberapa kali.
Jadi agak excited sangat ni bila tersenarai untuk trip Taiwan pada awal bulan September nanti. Tak penah sampai Taiwan lagi. Dengar-dengar Taiwan tengah musim luruh sekarang ini dengan suhu 23-29 darjah celcius. Waah, agak dingin la cuaca cenggini. Yang best jugak setiap kali trip, akan ada gala dinner untuk merai kejayaan setiap achievers.
Untuk makluman semua yang follow blog kak Rena ni haa, sekarang tengah mode ON Fighting untuk berpeluang untuk melawat negara SWISS || TURKEY & Maldives. Fuhh kuss semangat. Ketiga-tiganya sangat BEST! Seat untuk Swiss dan Turkey limited kepada 50 seat sahaja setiap satu. Maldives pula unlimited seat wooo 😱😱
Peluang Trip PERCUMA cenggini selalunya berpihak pada seorang yang suka cabar diri untuk buat sampai dapat, FREE kot 😍😍 Bukan kena bayar sesen pun, tinggal nak kena bawak beg baju dan duit shopping jaaa. Tiket flight, penginapan dan transportation semuanya akan ditanggung 100% oleh Coway Malaysia. 
Haaa, yang souvenir Russia tu dari seseorang dari keluarga CSTeam kami yang baru balik jelajah beberapa buah negara belah Russia sana. Terima kasih atas ingatan. Kak Rena sendiri pun tak penah sapai sana 😅. In sya Allah ada ruang dan peluang, sampai lah nanti.
Syok mengarang dah 10 perenggan rupanya. Adus duss. Terima kasih pada yang sudi baca sapai sini. Buat anak2 team, jom kita grab apa sahaja yang PERCUMA Coway offer kat kita. Best sangaaaatttt 😍

No comments:

Post a Comment