Pages

Friday, December 20, 2019

7 TABIAT UNTUK BERJAYA

Untuk mencapai sebuah kejayaan tidaklah susah mana sebenarnya. Namun untuk mengekalkannya adalah agak mencabar. Ramai yang boleh mencipta kejayaan dalam masa yang singkat, namun untuk konsisten berada dalam persekitaran kejayaan itu sangat sukar.

Ini kerana even dalam kehidupan pun ada pasang surut dan jatuh bangunnya. Apatah lagi dalam bidang yang kita ceburi. Jatuh bangun, sakit pedihnya nak mengekalkan sebuah kejayaan itu bukan suatu perkara mudah.
Malam ini kak Rena kongsikan 7 tabiat yang membolehkan seseorang dapat konsisten dalam sesuatu bidang yang diceburi demi mencapai kejayaan dan dapat mengekalkan kejayaan itu. Bunyinya seolah mustahil terutama buat seseorang yang suka “lompat bidang”.


  1. Belajar untuk menguruskan masa dengan bijak dan sebaiknya serta tidak sekali-kali membazirkan masa dengan perkara yang tidak berfaedah.
  2. Terapkan rasa ingin tahu dan ada kemahuan yang kuat untuk perkemaskan ilmu, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang diceburi. Ini perlu disertakan dengan tindakan yang sewajarnya. Belajar sahaja tanpa tindakan tak aci tauuu 😀
  3. Mempraktikkan “self-discipline” kerana setiap motivasi dan etika kerja sangat bergantung akan hal disiplin ini. Tanpa benda ni, agak sukar nak menuju kejayaan sebenar.
  4. Selalu follow the flow yang sebenar dalam kerja dan kehidupan. Juga lengkapkan apa jua tugasan yang telah kita mulakan.
  5. The power of giving! Mengamalkan nilai nilai murni yang membawa kepada keharmonian dalam masyarakat. Sikap saling tolong menolong baik dari segi wang ringgit mahupun tenaga dan masa kepada yang memerlukan antaranya.
  6. Selalu buat perkara yang betul dalam apa jua keadaan, bukan buat perkara yang hanya kita rasakan betul. Integriti menjadi periority untuk segala hal.
  7. Bila berjanji, wajib ditepati. Perkara ini sangat penting untuk menjaga krebiliti kita sebagai seorang yang professional dan memegang pada kata-kata. Jangan sekali kali berkata perkara yang bohong dan tidak benar. Jangan juga berkata perkara yang tidak baik dan kesat. Apa yang terkeluar dari mulut kita melambangkan keperibadian diri kita.

Semoga perkongsian ini memberi sedikit sebanyak idea dan panduan untuk kita mengenali antara tabiat orang-orang yang telah mengecapi kejayaan dan masih mengekalkan status kejayaan itu dengan baik. In sya Allah mudah mudahan, dengan usaha berterusan dan istiqomah dalam apa yang diikhtiarkan, kejayaan itu milik kita di dunia dan akhirat. Ameen.


No comments:

Post a Comment