Pages

Sunday, October 22, 2017

JADI EJEN SAH COWAY DAPAT MILIKI RUMAH IDAMAN

Bismillah
Cerita petang ikhlas dikongsikan buat semua sahabat-sahabat pengunjung blog Pusat Khidmat Coway.

Siapa ada tengok post saya bertarikh 23 September 2017 di facebook personal saya Sarena Mohamad Saya ada kongsikan secara ringkas dalam 1 post saya telah fly balik kampung 1 hari jer semata-mata urusan nak tinjau satu rumah yang menarik hati untuk jadikan hak milik. Balik awal pagi 23 september dan kembali ke KL pada malam harinya dengan flight terakhir hari itu.

Inilah saya, bila saya inginkan sesuatu saya akan cuba dapatkan. Ini pun disebabkan saya dah berada dalam platform yang saya sendiri dah letak kepercayaan penuh tempat saya mencari rezeki di ibu kota KL bila mana semua orang tahu kos hidup yang sangat tinggi pada masa ini.

Apa yang saya nak kongsi, awalnya memang berkenan sebab rumah ni atas tanah (landed). Dah lama teringin. Tak macam 2 buah rumah yang pernah saya test2 power untuk beli di KL iaitu rumah jenis pangsa. Rumah ini, walaupun hanya semi D mini (tidak besar sangat pun) lokasi rumah ni agak strategik iaitu berdekatan dengan UMK dan hanya beberapa kilometer sahaja daripada Tok Bali. Saya dimaklumkan oleh beberapa sumber bahawa Tok Bali akan mengalami pembangunan pesat sikit masa lagi. Lagi bersemangat saya nak proceed loan untuk rumah idaman ni.



Alhamdulillah pada suatu pagi itu, setelah melalui beberapa tapisan di bahagian pinjaman bank Kota Bharu, saya telah mendapat satu mesej ringkas dari pegawai bank mengatakan loan rumah ke-3 saya telah lulus. Baru bagitau lulus, banyak lagi proses-proses lain barangkali. Saya hanya follow the flow jer jer.
Kelu tak terkata, bergenang jugak kolam mata saya seolah tak percaya apa yang saya baca. Terima kasih pihak bank beri kepercayaan buat kami geng-geng jurujual penapis Coway buat pembelian aset-aset macam rumah ni.

Sungguh saya kongsikan ini bukan niat nak menunjuk nunjuk namun apa yang saya nak sampaikan adalah bila kita berada di platform yang best, ada usaha berterusan, doa dan tawakkal dalam apa jua keadaan, ketepikan ujian-ujian kecil yang melanda, semuanya tidak mustahil untuk miliki apa yang kita impikan.
Keluarga kecil saya


Adeh dehh, mata masuk habuk pula petang-petang ni. Sudikah kalau saya kongsikan bagaimana saya mendapat keberanian untuk melibatkan diri dalam dunia properti ni?
Andai ada permintaan akan saya kongsikan dalam post akan datang.

Sungguh saya hanya insan biasa. Bermula dari kosong, belajar dan terus belajar hingga ke tahap ini, pun saya masih duk belajar. Banyak lagi perkara yang perlu dimahirkan dalam bidang yang saya sendiri tak sangka saya boleh terjebak ke dalamnya.

Kiranya masa cikgu kelas darjah 1 tanya dulu-dulu, saya tak jawab pun cita-cita nak jadi jurujual penapis air. Namun aturan Dia yang terbaik buat hamba-hambaNya.

Allah tak akan mengubah nasih sesebuah kaum melainkan mereka sendiri yang mengubahnya. (self ~ reminder)
Wallahuallam.


Generasi muda tidak mampu untuk beli rumah?? Mungkin tidak untuk generasi muda yang berada di platform Coway. 0149212521 untuk penerangan ringkas.